“Jangan Cari Salah, Tunding Jari Kat Isteri Je” – Nellisa Adik Noor Nabila Perli Sharnaaz Ahmad?

Kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semakin rumit dan memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

sharnaaz ahmad fail nusyuz

Jelas Sharnaaz, tindakannya itu adalah kerana ingin memperbetulkan segala spekulasi yang sedang hangat diperkatakan mengenai rumah tangganya. Selain itu, dia tetap ingin mencuba untuk menyelesaikan isu antaranya dengan isteri dengan baik tanpa sebarang perbalahan.

Susulan kes tersebut, adik kepada Nabila iaitu Nellisa Mohd Noor dilihat memuat naik status berbaur sindiran yang menimbulkan persoalan kepada soap agaknya kata-kata itu ditujukan? Memetik kata-kata mengenai layanan seorang suami kepada isteri. Nellisa menyatakan bahawa si suami jangan hanya tahu menunding jari dan mencari kesalahan isteri sahaja.

Nellisa mohd noor sharnaaz ahmadAdakah status itu berkaitan dengan isu panas melibatkan kakaknya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini?

sumber: BN

Kemelut Rumah Tangga Semakin Berpanjangan!! Akhirnya Penyebab Utama Sharnaaz Ahmad Bertindak Mengfailkan Nusyuz Terhadap Bekas Isteri Nya Didedahkan

Pelakon Sharnaaz Ahmad memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahk4mah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, yang diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memfailkan permohonan itu pada 19 September lalu.

Menurut laporan Harian Metro, bintang filem Juvana itu memberitahu dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan terhadap Noor Nabila untuk memperbetulkan keadaan serta spekvlasi yang berlegar-berlegar mengenai rumah tangga mereka.

“Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya

Terdahulu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail, Akberdin memaklumkan pihaknya telah menyerahkan sam4n kepada pihak Noor Nabila pada 22 September lalu.

Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka.

Mahk4mah kemudian menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula k3s.

Sementara itu, mahk4mah sama turut menetapkan 6 November ini untuk jawatankuasa pendamai (JKP) yang dilantik Sharnaaz dan Noor Nabila mengemukakan lap0ran berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Ahmad Muttaqi menetapkan tarikh itu selepas prosiding pelantikan wakil JKP oleh kedua-dua pihak, hari ini.

Noor Nabila, 34, yang juga kakak pengacara dan pelakon Neelofa itu melantik ayah tirinya, Abdul Halim Khan, manakala Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakilnya.

Dalam proses percer4ian, JKP terdiri daripada anggota keluarga rapat dengan satu pasangan terbabit, akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Perlantikan JKP itu adalah susulan Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan cer4i Noor Nabila yang memfailkan permohonan cer4i secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut S3ksyen 47 Akta Und4ng-Und4ng Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada 13 September lalu, Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan percer4ian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Video:

Sumber : Harian Metro via News Kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Be the first to comment on "“Jangan Cari Salah, Tunding Jari Kat Isteri Je” – Nellisa Adik Noor Nabila Perli Sharnaaz Ahmad?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*