Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang Duduk

Kontroversi rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila belum lagi reda dan memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sharnaaz Ahmad Fail Nusyuz Terhadap Noor Nabila

Difahamkan permohonan itu difailkan pada 19 September lalu. Menurut Sharnaaz, tindakannya memfailkan nusyuz itu kerana ingin memperbetulkan segala spekulasi hangat yang melanda rumah tangganya.

Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama.

sharnaaz ahmad fail nusyuz

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memaklumkan pihaknya telah menyerahkan saman kepada pihak Noor Nabila pada 22 September lalu. Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka.

Dalam prosiding sama, kedua-dua belah pihak juga masing-masing telah melantik wakil jawatankuasa pendamai (JKP).Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr. Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh yang sama bagi laporan JKP kedua-dua belah pihak.

nabila nafkah rm500Sebelum ini, Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden pada 13 September lalu.  Terdahulu, Sharnaaz  telah menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya kerana ingin cuba mempertahankan rumah tangganya yang dibina sejak dua tahun lalu.

Sumber Berita : Harian Metro

Adakah Noor Nabila derhaka terhadap suami? 

DRAMA kisah rumah tangga Sharnaaz Ahmad memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya iaitu Noor Nabila Mohd. Noor.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, dia bertindak sedemikian kerana ingin memperbetulkan spekulasi yang sedang diperkatakan mengenai rumah tangganya.

Selain itu, pelakon drama Cinta Bukan Kristalini juga mahu menyelesaikan isu antara dia dan isteri dengan cara yang terbaik tanpa perlu ada perbalahan.

 

Sharnaaz fail nusyuz terhadap Nabila.

“Saya failkan nusyuz adalah untuk kita perbetulkan apa yang tak betul dan juga mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan di luar sana.

“Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik.

“Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” kata Sharnaaz kepada mStar.

Nusyuz membawa maksud seseorang isteri itu ingkar terhadap perintah suami.

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin, Sharnaaz dan Nabila hadir bersama ahli keluarga masing-masing.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah memfailkan permohonan itu pada 19 September lalu.

Peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Noor Nabila mengesahkan menerima tuntutan permohonan daripada plaintif pada 22 September lalu.

Berikutan itu Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan 6 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Sebelum ini, Nabila memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 27 Ogos lalu.

 

Nabila hadir bersama ibu dan bapanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka manakala Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Kata Sharnaaz, dia memilih Sherrini sebagai wakil JKP disebabkan kakaknya itu lebih mengenali dan memahaminya.

“Saya pilih kakak sebab saya rasa, dia lebih kenal dan memahami saya selain senang untuk berbincang,” ujarnya.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh yang sama dengan sebutan semula kes nusyuz bagi hasil laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu JKP dibentuk selepas Sharnaaz enggan menceraikan isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang mereka dibina sejak dua tahun lalu.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada ahli keluarga yang rapat dengan kedua-dua pihak bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Pasangan terbabit yang mendirikan rumah tangga melalui sebuah majlis yang meriah pada 31 Mac 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

mstar

Be the first to comment on "Ini Tindakan Yang Bakal Diambil Oleh Shaarnaz Kepada Bekas Isteri Nya Buat Noor Nabila Tak Senang Duduk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*