Komen benda yang tidak sopan di Ig Baby Shima. Ini komen padu dari Baby Shima buat warganet terkedu.

Sejak akhir-akhir ini, budi bahasa juga dilihat semakin tidak menjadi budaya masyarakat khususnya dalam media sosial. Hari ini, tohmahan, fitnah, kata-kata kesat digunakan secara meluas tanpa segan silu. Kepesatan teknologi menjadikan kita hilang budi bahasa yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dalam media sosial, pendapat dan perasaan orang lain tidak dihiraukan.

“Budi bahasa budaya kita” adalah satu slogan kebanggaan negara kita. Budi bahasa ialah norma kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan santun perkataannya dan indah pertuturannya. Pada hari ini, masyarakat Malaysia masih lagi terkenal dengan tinggi pekerti, dan mulia sifatnya.

Ini bukan kali pertama penyanyi Baby Shima menerima mesej atau komen berbaur tidak senonoh daripada warganet di laman sosialnya. Terbaharu, Shima, 25, memuat naik paparan skrin beberapa komen tidak senonoh dan sikap biadab seorang individu di fotonya.

Menurut Shima, dia berharap individu tersebut tidak memberi alasan kurang bijak selepas pihaknya mengambil tindakan undang-undang. “Anda bukan orang pertama! Jangan pula bagi alasan tak masuk akal selepas ini. Handphone kena hack.

Rupa-rupanya masih ada yang tak sedar diri lagi! Tunggu tindakan selanjutnya. Terima kasih komen anda,” tulis Shima di Instagramnya. Rata-rata pengikutnya turut berang dan berharap dengan tindakan yang diambil Shima itu memberi pengajaran kepada warganet yang gemar melakukan perkara tidak senonoh.

Baby Shima: Anda bukan orang pertama !! Jangan pula bagi alasan tak masuk akal lepas ni.. hp kena hack..Kalau sabun jatuh jangan ya @nasrul_nazim.. rupanya masih ada yang tak sedar diri lagi rupanya!! tunggu tindakan selamjutnya terima kasih komen anda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Misalnya Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) antara lain menyatakan: (a) Tiada mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, tidak senonoh, palsu, atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau atau menggangu mana-mana orang lain.

(b) Seseorang yang langgar peruntukan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan. @pdrmsia_official

“Saya sebagai rakyat Malaysia, adalah memang wajar orang macam tu diberi tindakan yang tegas bagi mengelakkan budaya membuli di laman sosial terus berluasa. Di manakah nilai moral dan adab ketimuran kita. Siapa pula budak ni. Cakap tak punya sopan santun bila kau tak suka tak payahlah nak cakap macam-macam yang tak ada guna. Bila kena buat laporan polis baru padan muka.

“Perangai kurang lebih dengan monyet. Buat laporan polis sajalah budak tu. Biar dia kena kurung dekat sangkar yang namanya lokap,” komen warganet.Pada Disember tahun lalu, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini pernah membuat laporan polis terhadap individu yang menghantar mesej tidak senonoh di Instagramnya. Malah Shima mendedahkan dia pernah menerima foto tidak sopan daripada seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Namun ketika itu dia hanya mengambil langkah menyekat akaun laman sosial individu dan sesiapa sahaja yang menghantar mesej seperti itu.Rata-rata masyarakat Malaysia tahu kesan penyalahgunaan media sosial ini yang telah menghakis nilai murni dalam kala­ngan kita.

Saranan agar penguatkuasaan undang-undang siber dikemas kini sememangnya satu langkah bijak, tetapi yang paling penting ialah penyuburan se­mula budi bahasa dan nilai murni dalam rakyat Malaysia secara lahiriah dan batiniah.

Secara umumnya, persoalan budi bahasa bukan lagi budaya kita muncul kerana beberapa faktor di Malaysia. Pertama, kurangnya ramah mesra dalam kalangan mereka yang menawarkan perkhidmatan iaitu antara organisasi dan pelanggan. Pelanggan yang tidak mesra hari ini, besar kemungkinan adalah kerana kebanyakannya ialah warga asing yang tidak peka dengan amalan budi bahasa budaya kita.

Masyarakat Malaysia harus ada simpati dan empati sesama kita untuk kembali menyuburkan budi bahasa dalam jiwa. Sete­rusnya, kita haruslah mendidik generasi muda agar bersopan santun dan hidup dengan nilai murni. Pendidikan dari rumah, hinggalah sekolah haruslah menekankan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan jati diri.

Be the first to comment on "Komen benda yang tidak sopan di Ig Baby Shima. Ini komen padu dari Baby Shima buat warganet terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*