“Tadi lama sangat baby pegang jari mama” Suami Abby Kongsi Perkembangan Terkini Bayi Mereka

Jumaat lalu, Abby Abadi terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi disebabkan pertumpahan darah telah berlaku. Namun, bayi lelakinya itu dikatagorikan sebagai bayi pra-matang yang hanya mencecah seberat 535 gram sahaja.

Anak lelaki mereka yang dikenali sebagai Baby D ini, kemudiannya telah dimasukkan ke dalam wad NICU. Keadaan Baby D ketika itu dikhabarkan tidak beberapa stabil lagi.

“Alhamdulillah.. Baby boy abah ada perkembangan…”

Satu berita baik telah dikongsikan oleh suami Abby Abadi, Faizal Zakaria memberitahu bahawa, bayi lelaki mereka telah menunjukan perkembangan positif pada hari ketiga.

“Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat..” Tulisnya.

Ramai yang turut mendoakan
Berita baik tersebut turut disambut baik oleh para peminat dan netizen. Ramai yang mendoakan agar anaknya itu akan sentiasa dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik.

Allah takkan pernah sia-siakan doa hamba-Nya

Insya-Allah anak anak sihat nanti

Semoga Baby D membesar dengan kuat!

Semoga penghujungnya semuanya indah

“Baby D tahu mam abah dia kuat”

Diharapkan agar keadaan anak lelaki Abby Abadi ini akan sentiasa sihat dan menunjukan perkembangan yang baik. Insya-Allah semuanya baik-baik kehendak-Nya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Abby Abadi.

Be the first to comment on "“Tadi lama sangat baby pegang jari mama” Suami Abby Kongsi Perkembangan Terkini Bayi Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*