Nampaknya kontroversi melibatkan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz seakan tidak akan pernah berakhir. Dikala bekas isterinya, Bella Astillah mengatakan lelaki itu sedang berusaha berubah dan mendekati agama, timbul pula pendedahan mengenai perangai buaya darat Aliff.
Baru beberap hari berkenalan, Aliff
terus luah rasa sayang
Menurut wanita tersebut, mereka sebenarnya mula mengenali antara satu sama lain menerusi akaun Instagram. Pada masa itu, Aliff menjadikannya sebagai tempat untuk mencurahkan isi hati selepas melalui saat sukar bercerai dengan Bella pada Mei lalu
Mereka terus berhubung dan apa yang membuatkan wanita itu pelik, Aliff terus meluahkan rasa kasih dan sayang padanya walaupun baru beberapa hari berkenalan, tanpa bertentangan mata dan hanya melalui mesej di Instagram.
Bukti perbualan
“Once a cheater, always a cheater.
Bella jangan tertipu lagi”
Wow, memang panas betul pendedahan terbaru tentang Aliff Aziz. Manusia boleh berubah antara mahu atau tidak, apatah lagi bekas isteri sudah begitu baik hati terus menyokong Aliff untuk menjadi insan lebih baik. Jangan nanti Bella terus tawar hati dan “give up”.
Sumber: BN
Be the first to comment on "Dakwa Bella ,Bekas Suami Nya Dalam Proses Untuk Berubah Dan Mendekati Agama,Mengejutkan Wanita Ini Tampil Dedah Perangai Buaya Darat Aliff Aziz"