“Nampak sangat Riak Muka MK Rimass!!” – Gadis Ambil Kesempatan Waktu Selfie, Netizen Kvtuk Perbuatan Gadis Itu

K-Clique adalah nama kumpulan hiphop yang sedang meningkat naik. Kumpulan ini memang mendapat perhatian para peminat seni tanah air dan tak kurang juga para gadis dari berbilang bangsa.Bercakap mengenai gadis dan K-Clique, ada satu perist1wa yang berlaku semalam. Seorang gadis telah mencium salah seorang anggota kumpulan itu, MK. Cuba korang tengok sendiri video dekat bawah ni.

MK terkejut.

Sapa yang tak terkejut bila orang yang tak dikenali buat macam tu. Admin tengok muka MK tu sangat tak selesa dari mula-mula perempuan tu datang duduk dekat sampailah habis video tu. Tapi sebab nak layan peminat punya pasal, layankan aje lah.

Tindakan wanita yang bertindak mencium seorang artis rap dari kumpulan K-Clique menjadi bualan hangat di media sosial hari ini.

Menerusi video yang tersebar melalui akaun Twitter @nrsymrzn, Muhammad Hairi Amin atau lebih dikenali MK K-Clique dikerumuni peminat wanita yang ingin bergambar sebelum salah seorang daripada mereka bertindak di luar kawalannnya.

Penyanyi lagu Mimpi itu turut kelihatan terkejut dan tidak selesa atas perilaku oleh salah seorang peminatnya.

“Ni macam amik kesempatan doh. Tak perlu kut sampai nak cium-cium bagai, Menggodik lak ea @hairiWhuut,” kata pengguna akaun yang kongsi video berkenaan.

Video berdurasi lapan saat yang telah dimuat naik semalam itu telah mendapat 1.3 juta tontonan, lebih 16 ribu ulang ciap dan 11 ribu tanda suka.

Rata-rata warganet turut menyuarakan rasa tidak puas hati dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai salah satu gangguan seksual kepada artis tersebut.

Tak kisah lah sesiapun lelaki atau perempuan sekalipun, maruah diri sepatutnya dijaga. Bukan sesuka hati buat benda tak senonoh macam tu.

Tu lah admin pun perasan, terus berubah muka dia. Lain macam betul perangai perempuan tu.

Kann.. admin kesian gak dekat MK sebab dia jadi mangsa keadaan. Tak pasal-pasal busuk nama macam tu je

Yang ni admin no comment. Pasal jantina seseorang tu biarlah hanya diri dia dan yang menciptanya sahaja yang tahu.

VIDEO:

Sumber: lobakmerah / malaysiakini

 

Be the first to comment on "“Nampak sangat Riak Muka MK Rimass!!” – Gadis Ambil Kesempatan Waktu Selfie, Netizen Kvtuk Perbuatan Gadis Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*