‘Hanya Keajaiban Akan Menyelamatkan Dia’ – Ini Keadaan Terkini Baby Pramatang Seberat 0.5KG Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Pelakon, Abby Abadi, memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan anaknya yang dilahirkan secara pembed4han, semalam.

Bintang siri Gerak Khas berkenaan melahirkan bayi lelaki dipanggil Baby D itu pada jam 10.43 pagi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

https://www.instagram.com/p/B28k8GKDKhe/?igshid=161kr9hpl9fgt

Ketika ini, bayi pram4tang itu masih ditempatkan di Unit Raw4tan R4pi Neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Dalam perkongsian di Instagram, kira-kira sejam lalu, Abby berkata, selain jururawat, pelakon, Memey Suhaiza, turut membantunya memastikan si kecil dapat minum susu.

“Alhamdulillah… Antara usaha kami, pam susu badan untuk diberikan kepada Baby D. Terima kasih Memey kerana sudi datang tolong. Mey (Memey) turut memberikan sebotol (untuk anak). Saya cuma dapat sedikit, itu pun dengan bantuan jururawat,” kata Abby.

https://www.instagram.com/p/B28hrWnDkUP/?igshid=10rj1e4ci6mkk

Dia juga memaklumkan, mereka kini mempunyai bekalan susu untuk tempoh seminggu buat si kecil yang hanya mampu minum dalam kuantiti sedikit.

“Doakan Baby D saya. Tidak dapat hendak diceritakan keadaannya kepada umum buat masa ini. Hanya keajaiban yang akan menyelamatkan dia,” luah Abby.

Abby terpaksa melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan berusia 24 minggu selepas mengalami ‘turun dar4h’. Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sejak lima hari lalu selepas berdepan masalah tekanan dar4h tinggi.

https://www.instagram.com/p/B26uDnkjrTD/?igshid=udlyqwn7epe7

Dua tahun lalu, Abby pernah mengalami kegvgvran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meningg4l dalam perut gara-gara tekanan dar4h tinggi.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Selain Baby D, mereka turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sumber : BH Online

Be the first to comment on "‘Hanya Keajaiban Akan Menyelamatkan Dia’ – Ini Keadaan Terkini Baby Pramatang Seberat 0.5KG Abby Abadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*