Sultan Ismail Petra mangkat

Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra, ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah mangkat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu pagi ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah mengesahkan hal ini ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu, Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan dalam suatu kenyataan mengumumkan jen azah Almarhum akan dibawa ke Istana Balai Besar di Kota Bharu.

“Duk acita dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra telah mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.

“Jen azah Almarhum DYMM Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan kali terakhir dan dijangka istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan,” kata kenyataan 

 

sumber: Malaysiakini 

Wan Azizah ucap takziah kemangkatan Sultan Ismail Petra

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra kira-kira jam 8.11 pagi tadi.

Wan Azizah menerusi ciapan di Twitternya berkongsi mengenai berita kesedihan itu.“Dengan penuh takzim dukacita dimaklumkan kemangkatan KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pada Jam 8.11 pagi 28 September 2019 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu,” tulisnya.

Perkhabaran duka itu turut dikongsi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.“Dukacita dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Yahya Petra telah mangkat pagi tadi jam 8.11 pagi.“Takziah kepada keluarga Al-Marhum.

Sama-sama kita doakan Al-Marhum dirahmati dan termasuk dalam kalangan orang-orang beriman,” tulisnya di Facebook sebentar tadi.Sementara itu, laman Facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dalam hantarannya yang dibuat kira-kira jam 9 pagi tadi memaklumkan, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir.“Dijangka istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat Asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan,” katanya.

Sumber: Sinar

Be the first to comment on "Sultan Ismail Petra mangkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*