All Stars Buka Panggung: Bergelar Juara Wanita Pertama, Rita Rudaini Ungguli Minggu Ke-4!

Pelakon cantik, Rita Rudaini mengungguli minggu keempat program All Stars Buka Panggung yang berlangsung malam tadi.

Bergelar juara mingguan wanita pertama, Rita menewaskan Datuk Fizz Fairuz, Johan Asari dan Ruhainies.

Sebelum ini, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Zulhuzaimy bergelar juara untuk episod mingguan ASBP.

Pada minggu keempat, setiap pelakon perlu menjayakan dua segmen dan mereka harus menjayakan babak secara spontan bersama gandingan sama ada Ajak atau Shahrol serta artis undangan seperti Black Hanifah, Norlia Ghani, Sathia dan Man Raja Lawak.

Menggungguli markah keseluruhan, Rita telah berjaya mengalahkan tiga peserta lain pada minggu keempat ASBP dengan kutipan markah sebanyak 53.27 peratus.

Manakala, tempat kedua diikuti oleh Datuk Fizz Fairuz (37.32%), Johan Asari (6.54%) dan tempat keempat, Ruhainies dengan markah sebanyak 2.88%.

View this post on Instagram

Baru nak bernikah kena serang pulak dengan @ruhainies7 😌#AllStarsBukaPanggung jam 9 Malam! di Astro Warna, Warna HD dan juga di Astro GO. #AllStarsBukaPanggung #KatakanTidakPadaSkrip #SeriDewiPanggung #ASBP #ASBP19 #FizzFairuzASBP #RuhainiesASBP #RitaRudainiASBP #JohanAsariASBP @johanarrif_asari @manrajalawak @norliaghani

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahy4rham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.

Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, kini Pak Limra berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.

Rita bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir pada minggu keenam nanti.

Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.

ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.

ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Program ini akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.

Foto: Azrul Rafie (Instagram @azrulrafie)

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "All Stars Buka Panggung: Bergelar Juara Wanita Pertama, Rita Rudaini Ungguli Minggu Ke-4!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*