[Terkini] Hakim Koroner Dedah Punca Kem4tian Wira Negara Adib,Ada Unsur Jen4yah?

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner pada Jumaat memutuskan kem atian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Allahyar ham Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca daripada tindakan jen ayah lebih seorang  individu tidak dikenali.

Hakim Koroner Rofiah Mohammad yang mengumumkan keputusan itu sebentar tadi berkata ia dibuat setelah meneliti keterangan saksi yang selari dengan kejadian. “Kita buat keputusan setelah ambil kira keterangan saksi dan setelah meneliti keterangan saksi kes ini jelas melibatkan jen ayah,” kata Rofiah.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata kecede raan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan ar wah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

“Ketika prosiding inkues juga Allahyarh am juga telah mendedahkan dirinya telah ditarik dan perkara ini disokong oleh keterangan saksi yang turut diberitahu perkara yang sama.

“Saya merumuskan bahawa kece deraan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri,” katanya ketika membacakan keputusan inkues.

Mahkamah Koroner menyerahkan kes ini kepada peguam negara dan polis untuk menjalankan siasatan pendakwaan.

Pada 27 Nov lepas, Muhammad Adib pa rah dalam rusu han ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, dekat sini.

Bagaimanapun, selepas 21 hari bertarung ny awa, Allahyar ham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara (IJN).

Sepanjang inkues itu dijalankan, 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dipanggil dan 137 bahan bukti dikemukakan dengan pelbagai hujahan dilontarkan oleh pihak terlibat sebelum prosiding berkenaan ditutup pada 24 Julai lepas.

Antara saksi pakar yang dipanggil ialah Pakar For ensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Perunding Kanan Patologi For ensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid.

Susulan insiden itu, pada 28 Dis lepas, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) secara simbolik menyerahkan kenaikan pangkat Gred KB22 kepada bapa Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid.

KPKT menyifatkan pengorbanan Muhammad Adib sehingga terkor ban ketika rusuhan itu sebagai wira negara.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

sumber: Awani501

Be the first to comment on "[Terkini] Hakim Koroner Dedah Punca Kem4tian Wira Negara Adib,Ada Unsur Jen4yah?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*