Seorang wanita terpaksa bayar ganti rugi panggil anak Jasmin Hamid b4puk

GARA-GARA menulis hantaran dengan mend4kwa anak angkat pelakon Jasmin Hamid iaitu Rohhana berwajah umpama b4puk, seorang wanita menerima padah apabila terpaksa membayar ganti rugi terhadap perbuatan buruknya itu.

Perkara itu dijelaskan oleh peguam Nasser Yusof, mewakili Jasmin yang antara lain turut menuntut individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media serta secara lisan di akhbar dan menarik semula tohmahan yang dilemparkan.

Nasser berkata, masalah itu berjaya diselesaikan di luar mahkamah dengan syarat dan terma tertentu selepas s4man sivil dikeluarkan terhadapnya selain dia juga mengakui kesilapan dibuat.

Kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

“Dalam ke3s ini, ia diselesaikan di luar mahkamah secara baik melalui beberapa proses rundingan berdasarkan terma-terma yang dipersetujui. Individu tersebut juga telah mengaku kesalahannya.

“Dia bersetuju dengan tuntutan permohonan maaf secara terbuka, secara lisan di surat khabar, menarik semula tohmahan dan membayar ganti rugi atas perbincangan bersama,” ujarnya. 

Nasser dan Jasmin, 45, ditemui di Cafe Finas, Petaling Jaya, berhubung kes saman fitn4h terhadap seorang netizen.

Sebelum ini, Jasmin pernah memuat naik paparan skrin komen individu tersebut yang sering mengvtuk wajah anak angkatnya yang turut mesra dengan panggilan Cicik, berusia 32 tahun.

Individu berkenaan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kata Jasmin, dia bertindak untuk mengemukakan tuntutan s4man disebabkan perkataan bapuk yang digunakan individu tersebut terhadap anaknya.

“Saya failkan sam4an sebab individu tersebut berulang kali mengelarkan anak saya ‘b4pok’ (ejaan sebenar ialah bapuk), jadi perkataan itu yang membuatkan saya mahu ambil tindakan und4ng-und4ng.

“Disebabkan perkataan itu juga, kehidupan anak saya menjadi terganggu dan dia menerima tohm4han daripada orang luar juga. Dia sangat terkesan dengan komen tersebut.

Walaupun keadaan fizikal anak saya macam mana sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencel4 fizikal orang lain.

JASMIN HAMID

Pelakon

“Walaupun keadaan fizikal anak saya macam mana sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencel4 fizikal orang lain,” katanya.

Dalam pada itu Jasmin turut mendedahkan dia turut membuat tuntutan sam4n sivil terhadap dua individu lain yang meningg4lkan fitn4h sama pada anaknya di laman sosial.

Rohhana yang bekerja di sebuah klinik dijadikan sebagai anak angkat sejak Jasmin berusia 20 tahun lagi.

Selain Rohhana, Jasmin juga mempunyai seorang anak angkat lain bernama Lukhman Hakim, 25, dan anak kandung, Ian Haziq, 18, yang kini mengikut jejak langkahnya dalam bidang lakonan.

Sementara itu, individu tersebut iaitu Izzatul Hairiyah Abdullah yang turut hadir dalam sidang media berkenaan meminta maaf atas perbuatannya melemparkan tom4han terhadap Rohhana.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Seorang wanita terpaksa bayar ganti rugi panggil anak Jasmin Hamid b4puk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*