Mesin Bantuan Hayat Dicabut, Wakil Keluarga Yazit Minta Semua Ke Masjid Ini Untuk Solat Jenazah

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kerosakan otak.

Menurut anaknya, Shafiqa Nurlis, doktor memaklumkan mereka sekeluarga perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan dan andai kata masih bertahan, Yazit hanya mampu bergantung pada mesin pernafasan.

“Keadaan ayah sangat serius dan doktor memaklumkan kami sekeluarga perlu bersedia dengan segala kemungkinan kerana dia mengalami kerosakan otak yang teruk.

“Doktor juga memberitahu, keadaannya sangat kritikal dan jika ayah bertahan, dia sekadar bergantung pada mesin semata-mata,” katanya kepada BH Online.

Shafiqa berkata, keadaan bapanya semakin serius selepas mengadu sesak nafas, kira-kira jam 3.40 pagi semalam.

“Mungkin kerana terlebih minum air, ia mengganggu kesihatan ayah. Ketika dalam perjalanan ke HKL, jantung ayah terhenti seketika. Saat itu, hati saya tak tenang dan risau.

“Sejurus sampai ke hospital, ayah diberikan bantuan pernafasan (CPR). Mereka mengesan oksigen dan darah ayah tidak mengalir dengan betul.

“Saya mohon kepada semua pihak doakan yang terbaik buat ayah saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Yazit pernah dimasukkan ke wad sama akibat masalah buah pinggang.

UPDATE TERKINI DARI AHLI KELUARGA YAZIT

yazit ahmad

Zahid Ahmad selaku wakil keluarga mengeluarkan kenyataan di laman Facebook beliau tentang keadaan terkini Yazit. Kenyataan itu juga dikongsi oleh Andy Flop Poppy.

Abang kepada pemain dram Search Yazit Ahmad iaitu Zahid Ahmad mendedahkan mesin bantuan hayat pada adiknya akan dicabut pada bila-bila masa.

“Maklumat terkini mesin bantuan hayat akan dicabut bila-bila masa mulai pukul 8.35 pagi ini.

“Semua dijemput menghadirkan diri ke masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati untuk solat jenazah dan urusan pengebumian sebelum Zuhur.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sakinah KL-Karak (Taman Selasih),” katanya dalam satu kenyataan.

Innallilah, Salam takziah kepada keluarga arw4h. Semoga semua dipermudahkan dan semoga arw4h ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Amin

Sumber: BHARIAN / Viddy Media

 

Be the first to comment on "Mesin Bantuan Hayat Dicabut, Wakil Keluarga Yazit Minta Semua Ke Masjid Ini Untuk Solat Jenazah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*