Selepas 2 Beradik Kemalangan M4ut Di KM20.6 tu, Lelaki Ini Menpunyai Pancaindera Ke Enam Dedah Kenapa Perlu Elak Lalu Di Situ Selepas Pukul 12 Malam Ke Atas.

LALUAN yang menghubungkan bahagian Kulim, Kedah dan Butterworth, Pulau Pinang merupakan laluan jalan utama yang untuk ke Baling, Kedah dan Gerik, Perak.

Seorang pemuda bernama Saiful memberitahu, hati-hati jika memandu laluan berkenaan terutama pada waktu lewat malam. 

“Jangan bawa laju-laju. Kalau boleh elakkanlah lalu di situ selepas pukul 12 malam ke atas,” kata Saiful.

Tapi, kenapa pula?

Menurut Saiful, di satu kawasan di laluan ini, sudah berlaku banyak kem4langan. Kebanyakannya meragut nyawa.

“Kawasan yang selalu berlaku kem4langantu di kilometer 20.6, hanya beberapa kilometer sebelum susur keluar ke Lunas. Jika lalu di area ini, hati-hati. Jangan bawa laju. Banyak sangat dah kem4langan di KM20.6 tu,” ujar Saiful lagi.

Hati-hatilah jika melalui kilometer 20.6 berdekatan susur keluar Lunas kerana banyak kejadian tidak diingini berlaku.

Pelik juga. Laluan di situ nampak elok saja. Ada dua lorong yang lurus dan jalannya juga rata. Tidak pula bengkok atau berlubang yang boleh mengakibatkan kem4langan.

Kiri kanan jalan itu juga berpagar. Cuma, jalan ini agak gelap pada waktu malam kerana tiada lampu jalan. Jadi, apa yang menyebabkan banyak kem4langan berlaku di sini?

“Sebab jalan ni ‘keras’. Ada gangguan di sini. Dan ramai yang kem4langan di sini menemui ajal,” jawab Saiful.

Katanya lagi, kem4langan pertama yang berlaku di situ melibatkan dua beradik perempuan yang menunggang motosikal. Motor mereka terbabas dan kedua-dua beradik itu m4ut di situ juga. Dikatakan sejak kejadian itulah, satu demi satu kemalangan mula berlaku di kawasan yang sama.

“Biasanya kem4langan kerap berlaku kepada penunggang motosikal. Dan boleh kata kebanyakan mangsa kem4langan m4ti walaupun motor tersebut hanya terbabas ketika melalui jalan ini. Puncanya walaupun kecil seperti terbabas atau masuk ke dalam longkang, tapi tetap meragut nyawa,” kata Saiful lagi.

Kebiasaannya kem4langan berlaku antara pukul 12.00 malam ke 3.00 pagi. Penduduk sekitar yang tahu keadaan di situ menganggap kawasan ini berpuaka. Ikut logik, kawasan lain pun boleh berlaku kem4langan juga, namun hanya di kawasan ini yang kem4langan banyak berlaku.

“Pernah ada orang yang pandai mengubat dan boleh lihat alam ghaib bercerita kepada saya, jalan di situ memang ‘keras’ kerana ada ‘penghuni’ yang sentiasa menantikan mangsa di situ.

“Dahulu, kawasan tersebut adalah hutan tebal sebelum diteroka dan dibuat jalan. Sebab itu, makhluk di situ marah kerana tempat tinggal mereka diganggu.

“Katanya lagi, makhluk di situ akan mengganggu penunggang motosikal dengan menarik kaki atau motor hingga menyebabkan mereka terbabas dan m4ut kerana makhluk itu mahukan darah,” cerita Saiful.

Pernah Saiful bersama seorang rakannya yang mempunyai pancaindera ke enam lalu di kawasan itu semasa kem4langan baru berlaku dan mangsa yang m4ut masih berada di atas jalan.

Pengguna motosikal diminta berhati-hati ketika melalui KM20.6 kerana kerap berlaku kem4langan m4ut . Gambar hiasan.

“Kawan saya beritahu, dia nampak banyak makhluk aneh berkeliaran sambil menjilat darah mangsa kem4langan di situ. Ada macam-macam rupa, semua mengerikan. Dan mereka berkerumun berdekatan mayat mangsa kem4langan itu.

“Sebab itu saya selalu nasihatkan orang yang lalu di sini terutama waktu malam, hati-hati. Kalau boleh jika cuaca hujan atau renyai waktu malam, elakkan lalu terutama yang menunggang motorsikal.

“Kerana pada waktu itu paling mudah kem4langan berlaku. Kalau lalu pun, bila tiba di kawasan itu, pandu perlahan dan kawal kejap pemanduan anda supaya tidak mudah terbabas,” nasihat Saiful.

Nak percaya atau tidak, terserah anda. Saiful sekadar memberi peringatan sahaja.

Bagaimanapun sebagai umat Islam kita sudah diajar agar mengamalkan pelbagai doa seperti ketika kelur rumah dan juga ketika menaiki kenderaan agar perjalanan selamat dan dilindungi Allah.

Menohon perlindungan daripada Allah daripada gangguan syaitan adalah antara petua terbaik untuk mengelak berlakunya musibah yang tidak diingini.

SUMBER

Be the first to comment on "Selepas 2 Beradik Kemalangan M4ut Di KM20.6 tu, Lelaki Ini Menpunyai Pancaindera Ke Enam Dedah Kenapa Perlu Elak Lalu Di Situ Selepas Pukul 12 Malam Ke Atas."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*