Selepas Pertukaran Kerajaan Baru,Sukar Buat Nabil Sekeluarga!! Nabil Dedah “Sesuatu” Sehingga Empat Bulan Dia Takde ‘Job’…Ini Yang Terjadi

Pada luarannya nampak mewah, senang dan popular, tetapi kehidupan selebriti tidaklah semudah yang disangka.  Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengakui tahun 2019 agak sukar baginya.

nabil ahmad

Nabil memberitahu dia tidak mendapat sebarang tawaran kerja selama empat bulan pada awal tahun ini dan ketika itu hanya bergantung pada pendapatan sebagai hos program MeleTOP dan penyampai radio Era FM.

Sejujurnya sejak tukar kerajaan, saya akui memang perjalanan kerjaya sedikit terjejas. Permulaan tahun 2019 sukar untuk saya sekeluarga. Empat bulan saya duduk rumah, tak ada job sebab semua job yang saya dah lock tahun lalu dibatalkan atas faktor tertentu.

nabil ahmad empat bulan tiada job

Kebanyakan tawaran yang saya terima melibatkan majlis kerajaan terdahulu. Jadi, sepanjang empat bulan itu saya hanya bergantung pada bayaran jadi penyampai radio dan pengacara MeleTOP.

Disebabkan masalah yang dihadapi itu,  Nabil mula mencuba nasib dalam bidang perniagaan vape yang sememangnya menjadi trend masa kini dan laris dipasaran. Namun, Nabil sedar perniagaan dan produk itu bukan untuk golongan kanak-kanak di bawah umur.

Sumber Berita : mStar Online

Nabil Ahmad Mahu Berundur Dari Dunia Seni?

Mungkin ada antara kita yang berkata betapa untungnya menjadi seorang artis, bukan sahaja nampak glamor tetapi mempunyai kehidupan yang mewah. Walaubagaimanapun, langit tidak selalunya cerah dan kita pernah dengar juga berita sesetengah artis yang pernah berada di kemuncak dan tiba-tiba jatuh.

Disebabkan itu, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad juga sudah terfikir untuk meninggalkan dunia seni tetapi hanya selepas beliau sudah menemui sumber pendapatan lain untuk menampung keluarganya. Nabil akui beliau minat untuk menceburi bidang perniagaan pula.

Saya tengah menyiapkan diri untuk cari sumber pendapatan lain dan kalau ada sumber lain saya ingin berhenti jadi artis. Macam Shuib dia sudah jumpa madu dia dan saya harap dimurahkan rezeki ke arah itu pula.

Saya sayang industri cuma saya rasa sudah tiba masa saya untuk buat perkara lain. Sekarang ini saya rasa terlalu bergantung dan mengharapkan rezeki daripada industri semata-mata. Saya takut kerana kita berada pada tahap ini tidak lama, ada masa kita akan perlahan.

Rezeki dalam bidang seni ini ada turun naiknya dan memang baguslah kalau Nabil mempunyai matlamat yang lebih baik demi masa depannya dan keluarga. Semoga segalanya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

Sumber Berita : mStar Online

Be the first to comment on "Selepas Pertukaran Kerajaan Baru,Sukar Buat Nabil Sekeluarga!! Nabil Dedah “Sesuatu” Sehingga Empat Bulan Dia Takde ‘Job’…Ini Yang Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*