12 Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan, Kajian Khas Dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

Jika sebelum ini theAsianparent Malaysia pernah mengupas topik tentang waktu lahir mempengaruhi peribadi seseorang, hari ini, kami akan mendedahkan rahsia tarikh lahir pula. 

Siapa sangka, sebenarnya, rahsia tarikh lahir juga mampu mempengaruhi sebahagian besar peribadi seseorang apabila dewasa. 

Hal itu dibuktikan sendiri dari hasil kajian Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah! Siapa yang tidak kenal dengan pakar motivasi ini, kan?

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah telah melakukan kajian selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang dipengaruhi oleh bulan kelahiran. Jom kita lihat apakah rahsia tarikh lahir ini:

Rahsia tarikh lahir: Bulan kelahiran mampu mempengaruhi peribadi seseorang

Rahsia tarikh lahir bulan Januari

  • rajin dan sering menampakkan keuntungan
  • pandai mengambil hati orang lain
    pendiam dan pemalu, melainkan telah kenal.
  • suka mendidik dan dididik
    daya tumpuan yang sangat tinggi dan amat berdisiplin
  • romantik, tapi malu untuk tunjukkan
    sayang pada kanak-kanak
    setia, namun cepat cemburu

Rahsia tarikh lahir bulan Februari

  • berfikiran abstrak
  • mudah menawan org lain
  • tidak suka dikongkong & mudah memberontak
  • amat sensitif dan mudah menunjukkan marah
  • sangat berani dan bercita-cita tinggi
  • keras hati dan suka kegiatan yang lasak
  • suka hiburan dan sukan
  • amat mudah untuk jadi boros

Rahsia tarikh lahir bulan Mac

  • berpesonaliti menarik dan ramai orang suka
  • amat suka memendam rasa, sangat pemalu, namun jujur dan pemurah
    sangat peka dengan orang lain
  • cepat simpati dan sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat pada orang
    tidak cepat marah dan amat amanah
    suka berangan, suka melancong dan sangat manja
  • kelam-kabut dalam memilih pasangan dan cenderung untuk jadi pendendam

Rahsia tarikh lahir bulan April

  • sangat aktif dan cepat bertindak, namun cepat juga menyesal
    sangat menarik dan pandai memanjakan diri
  • memiliki daya mental yang kuat dan pandai memujuk
    berani, tiada rasa takut dan sangat suka diberi perhatian
  • gerak hati yang kuat, namun emosi cepat terusik
  • cenderung bersifat dendam, dan sangat cemburu
  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

Rahsia tarikh lahir menurut Islam – bulan Mei

  • degil, namun kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • memiliki pemikaran yang tajam, namun cepat marah
  • pandai menarik hati orang lain
  • tetap pendirian dan bersikap sistematik (otak kiri)
  • mudah memahami empati dan mudah dipujuk
  • pandai berdebat, suka sastera, seni, muzik & melancong
  • tidak boleh duduk diam dan tidak suka duduk di rumah
  • boros

Makna tarikh lahir bulan Jun

  • berfikiran jauh & berwawasan
  • berperangai lemah-lembut, namun cepat moody
  • otak sangat aktif dan ada banyak idea
  • suka menangguh kerja, terlalu memilih, namun mahukan yang terbaik
  • suka bercakap, buat lawak, berdebat
  • tertib, kemas, cepat bosan
  • degil dan cerewet

Makna tarikh lahir bulan Julai

  • banyak rahsia dan susah difahami
  • pendiam namun sangat peramah (jika sudah kenal)
  • jarang berdendam, cepat memaafkan orang lain, namun tidak mudah lupa
  • tidak suka benda remeh-temeh
  • sangat peka, penyayang, emosi sangat mendalam dan mudah terluka
  • daya simpati yang tinggi
  • pemerhatian yang tajam dan suka menilai orang dari pemerhatian
  • suka mengenang perkara lalu, suka duduk di rumah dan tidak agresif

Maksud tarikh lahir bulan Ogos

  • suka berlawak, sopan dan sangat caring
  • tegas, bersikap pemimpin dan pandai pujuk orang lain
  • semangat juang yang dahsyat, namun cepat marah & mengamuk
  • berdikari, teliti, namun cepat cemburu
  • berbakat dalam bidang seni lukis, hiburan & silat
  • sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • kelam-kabut namun cepat berfikir

Maksud tarikh lahir bulan September

  • sangat pandai bertolak-ansur
  • cermat, teliti, teratur, suka tegur kesilapan orang
  • mudah simpati, amanah, setia
  • banyak berfikir dan suka mencari maklumat
  • mudah memahami orang lain
  • terlalu memilih pasangan, dan mudah terluka

Rahsia tarikh lahir bulan Oktober

  • suka sembang dan ambil jalan tengah
  • sopan, sangat menawan, tidak pandai berbohong atau berpura-pura
  • mudah simpati, pentingkan kawan
  • cepat marah dan nampak seperti mementingkan diri sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • suka melancong, seni, sastera
  • kuat cemburu, mudah terusik, namun ambil berat tentang orang lain
  • suka aktiviti outdoor

Makna tarikh lahir bulan November

  • banyak idea, berfikiran ke hadapan, penuh dengan idea
  • daya firasat yang tinggi dan memiliki pemikiran yang tajam
  • suka berahsia, namun pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • degil dan terlalu keras hati
  • susah nak marah dan pandai memunasabahkan diri
  • emosi yang sangat mendalam dan romantik
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Maksud tarikh lahir bulan Disember

  • bersifat patriotik, kurang sabar dan terburu-buru
  • suka bercampur dan berkawan
  • suka dipuji, diberi perhatian dan dimanja
  • tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • benci pada kongkongan
  • suka berlawak

Ha… ada tak yang sama dengan anda? Nampaknya, ada betul juga lah ya rahsia tarikh lahir ini dengan personaliti anda!

Sumber rujukan : sinar.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "12 Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan, Kajian Khas Dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*