Bila Primadona ‘Payung’ Video Makeup, Tak Sangka Di Usia 45 Tahun ‘Kulit’ Wajah Sama Seperti Awek Muda!

Erra Fazira, selebriti yang berusia 45 tahun sudah tidak asing lagi dalam industri seni tanah air malah pernah dikenali sebagai Ratu Cantik.

Menerusi Instagram miliknya, pelakon terkenal ini memuat naik satu rakaman video dirinya ‘makeup’ setelah diminta oleh peminat disamping berkongsikan cara dia makeup dengan wajah tanpa makeup.

Ini teknik…

View this post on Instagram

Ada yg DM suh saya BARE FACE tunjuk dari awal tanpa secalit makeup.. . . . Haaaa hambekkk!! 🤪🤣 Dari primer saya bagikan .. 😋🤗😁 . Ini teknik foundation utk saya berlawan dgn cahaya studio, shooting dan sewaktu dengannya.. uolz nak cuba pun okey.. its coverage tapi tak tebal sangat.. 😘🥰🥰 . Using 100% @as.legacymalaysia

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Video berdurasi lebih empat minit ini menarik perhatian followersnya yang kini sudah mencecah jutaan dilaman Instagram.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri tumpuan peminat apabila wajah tanpa secalit makeup dalam video tersebut membuatkan mereka memuji selebriti terkenal ini.

Wajah cantik terima pujian ramai

Kulit wajah cantik tetap jadi perhatian

Erra Fazira akhiri zaman janda?

SENIWATI yang digelar peminat primadona alaf baru, Erra Fazira sekali lagi menafikan gosip yang bertiup kencang mendakwa dia akan mengakhiri zaman janda dalam waktu terdekat.

Perkara itu sebelum ini heboh diperkatakan dalam kalangan pihak produksi yang bertanyakan kepada pengurusan Erra, Mind Order Sdn Bhd, kemungkinan pengacara program Mingguan Wanita itu sudah dirisik dan akan bernikah dalam waktu terdekat.

Ditanya perkara itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, yang dihubungi hari ini, ternyata terkejut.

Dia bagaimanapun menegaskan, apa yang diperkatakan mengenai dirinya mahu bernikah itu tidak benar sama sekali.

“Saya baru pulang daripada menunaikan ibadah haji dan sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima ini, isu mahu bernikah dalam waktu terdekat langsung tidak ada dalam kamus hidup.

“Tak tahulah pula saya kalau ada jejaka di luar sana yang mahu membuat kejutan dengan masuk meminang,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak pula mendengar mengenai dakwaan terbabit dan tegasnya kalau benar pasti dia sudah mengetahuinya lebih awal.

“Saya pun hairan macam mana cerita ini boleh timbul, sedangkan baru saja balik dari Tanah Suci.

“Kalau betul ada khabar angin mengenai isu mahu bernikah mengapa tidak ada orang yang terdekat dengan saya bertanya atau memberitahu,” katanya.

Kata Erra, dalam pertemuan dengan beberapa wakil media sebelum ini, tidak seorang pun yang bertanya mengenai isu terbabit.

“Kalau betul ada khabar angin kuat mengatakan saya mahu bernikah mesti awal lagi mereka sudah bertanya,” katanya.

Sumber: Metro

Be the first to comment on "Bila Primadona ‘Payung’ Video Makeup, Tak Sangka Di Usia 45 Tahun ‘Kulit’ Wajah Sama Seperti Awek Muda!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*