Aishah berang dengan kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh seorang pengguna Instagram. KETERUJAAN penyanyi Aishah berkongsi momen menarik semasa berada di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32), baru-baru ini mengundang rasa kurang senang seorang warganet di Instagram.
Warganet tersebut menyelar tindakan Aishah dan menyifatkan penyanyi legenda tersebut seperti orang tua yang baru mengenali media sosial. Berang dengan kata-kata hinaan tersebut, Aishah, 54, berkata tindakannya memuat naik semula Instastory yang dikirim pengikut di laman tersebut adalah sebagai menghargai sokongan peminat.
“Here comes the haters, orang naik komen-komen peminat dalam Instastory pun dipanggil ‘orang tua sakai guna Instagram‘ hahahaha… adoi tak ada kerja lain ke? Kalau berani awak berhadapan dengan saya dan cakap depan saya boleh?
“Itu kalau awak beranilah, tak kecut lontar batu sembunyi tangan di belakang gambar hodoh tu… malangnya hati awak yang lebih hodoh. Aishah beerang dengan kata-kata hinaann seorang pengguna Instagram. “Instagram saya, suka hati sayalah. Saya naikkan semula mention tu sebagai apresiasi kepada pengikut saya, bukti yang saya baca setiap komen mereka,” katanya.
Penyanyi lagu Janji Manismu ini menulis luahan rasa bengang itu menerusi Instagram pada Selasa. Dia turut memuat naik paparan skrin seorang pengguna Instagram dipercayai merupakan akaun palsu memberitahu terpaksa berhenti mengikuti Aishah kerana meluat dengan tindakan penyanyi berkenaan.
“Orang macam ni baik kita buat report je supaya troopers berbayar ni kena tutup saja akaun dia. Go get a life please!“-AISHAH “Orang tua bila sakai guna Instagram… story Instagram boleh buat satu movie. Done unfollow,” tulis warganet tersebut.
Carian dia laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan sakai membawa maksud sebagai orang bawahan yang boleh disuruh-suruh. Sementara itu, Aishah meminta pengguna tersebut melakukan perkara yang lebih baik daripada menjadi hero di laman sosial.
Persembahan bertenaga Aishah semasa ABPBH32 menerima pujian penonton. Malah, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan di Instagram bagi memastikan akaun tersebut ditutup. “Orang macam ni baik kita buat report je supaya troopers berbayar ni kena tutup saja akaun dia. Go get a life please,” ujarnya.
Pada malam ABPBH32, Aishah tersenarai sebagai calon Penyanyi Wanita Popular, bagaimanapun dia tewas di tangan penyanyi Siti Nordiana. Aishah turut membuat persembahan penutup dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu Kemaafan Dendam Yang Terindah dan Kau Pergi Tanpa Pesan.
Sumber mstar
Aishah boleh pilih berlian berharga Rm80 ribu tetapi ada syarat yang Dato Seri Vida bagi
Penyanyi Camar Yang Pulang, Aishah, kini boleh memilih barang kemas yang dirasakannya sesuai sebagai ganti hadiah yang sepatutnya bernilai RM80,000 diberikan usahawan kosmetik, Dato Seri Vida, selepas kedua-dua mereka menyelesaikan saman di luar mahkamah kelmarin. Mendedahkan hal itu hari ini, peguam Aishah, Mohammad Izwan Azmi, berkata Dato Seri Vida juga perlu membuat permohonan maaf dalam satu sidang media khas pada atau sebelum 17 Julai ini. ” Dato Seri Vida perlu menggantikan mana-mana barang kemas dengan harga pameran berjumlah RM80,000 pada atau sebelum 17 Julai.
Aishah boleh memilih berlian itu tapi syaratnya..
” Aishah diberi hak sepenuhnya untuk memilih barang kemas berlian asli tersebut dari sebuah kedai emas yang telah dipilih Dato Seri Vida iaitu sebuah kedai emas di Bangsar, Kuala Lumpur,” katanya. Mengenai sidang media khas tersebut, Mohammad Izwan memberitahu Dato Seri Vida akan mengemukakan permohonan maaf secara spesifik semasa ia diadakan. Mohammad Izwan ditemui pada sidang media bersama Aishah di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Turut hadir seorang lagi peguam Aishah, Mazniza Mohd Kamil, dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates. Menurut Mohammad Izwan, persetujuan itu dicapai selepas kedua-dua pihak melalui proses mediasi dan ia direkodkan di depan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim pada 1 Julai lalu. Mohammad Izwan berkata, Dato Seri Vida yang juga penyanyi lagu I Am Me itu turut diarah membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguam Aishah pada atau sebelum 7 Julai ini.
Sekiranya Dato Seri Vida gagal penuhi tuntutan..
” Sekiranya Dato Seri Vida gagal memenuhi kesemua persetujuan tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan, pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya. Aishah sebelum ini mendedahkan hadiah yang dimenanginya dalam program Gegar Vaganza 4 (GV4) tidak seperti yang dijanjikan Dato Seri Vida selaku penaja. Katanya walaupun diuar-uarkan barang kemas yang menjadi hadiah itu ialah berlian asli, dia mendapat kualitinya tidak sepadan dan selepas membuat semakan, didapati ia adalah kubik zirconia.
Perkara itu diketahui Aishah yang turut popular dengan lagu Janji Manismu itu selepas dia dimaklumkan pemilik kedai sebuah barangan kemas. Sementara itu mengulas persetujuan tersebut Aishah berkata apa yang dicapai dapat dianggap sebagai kemenangan mengikut apa yang dituntut. ” Saya ingin dibayar mengikut barang kemas, bukan dalam bentuk nilai wang ringgit kerana itu yang saya perjuangkan,” katanya.
Namun, kata Aishah, timbul perasaan sedih kerana perkara dilalui itu menunjukkan anak seni sepertinya terpaksa bergelut untuk perkara sebegitu .” Saya harap kes ini dapat perhatian pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab ” Sedih industri muzik tak banyak perlindungan seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan sebagainya.
” Kalau ada timbul sesuatu isu, artis yang malang kerana terpaksa bergelut sendirian,” katanya. Dalam pada itu, Mohammad Izwan juga memberitahu pihaknya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah lagi syarikat yang menaja hadiah GV4. Katanya langkah itu dibuat selepas syarikat berkenaan gagal menyerahkan sebidang tanah lot banglo seperti yang dijanjikan kepada Aishah. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: malaysiakini
Be the first to comment on "Aishah digelar orang tua sakai, Aishah cabar gadis itu untuk berjumpa depan depan"