Video Elly Mazlein sangat tersentuh hati apabila digelar used car oleh Ac Mizal, Elly Mazlein akhirnya buka mulut

“ISU ini bukannya besar sangat, tak payah ambil serius wahai penyokong Kak Lina Pom Pom. Kita tenang-tenang sahaja,” kata pelakon dan pengacara Elly Mazlein. Elly meminta peminatnya tidak ambil hati selepas pengacara Datuk AC Mizal melabelkannya sebagai ‘used car’ (kereta terpakai)

ketika mengacarakan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi. “Kak Lina sangat tersentuh hati bukan kerana isu ini (dipeerli) tetapi disebabkan ramai orang ambil berat. Alhamdulillah, ramai menyayangi Kak Lina,” katanya.

Menurut Elly, dia menyedari peminatnya meluahkan ketidakpuasan hati itu di media sosial selepas dirinya dilabel kereta terpakai oleh pengacara terbabit. “Selepas ABPBH berakhir, saya bertanyakan bakal suami pandangannya dan dia sangat memahami. Bakal suami menyerahkan sepenuhnya untuk saya mengulas.

“Bagi saya, diusik sebagai kereta terpakai sukar diterima tetapi semua manusia tidak sempurna. Saya anggap mungkin Datuk AC terlepas cakap. “Saya harap selepas ini hargailah dan jagalah martabat serta aib wanita,” katanya dihubungi Harian Metro.

Sementara itu di laman Twitter, kebanyakan warganet mengec4m tindakan AC Mizal yang dianggap keterlaluan. Pengguna laman sosial itu meminta serangan peribadi terhadap wanita dengan menjadikannya bahan jenaka dihentikan tambahan pula ia disiarkan secara langsung.

Majoriti warganet wanita meminta pengacara itu meminta maaf dan jangan menyamakan golongan itu dengan objek. “Perbuatan ini jah4t dan tak patut, kerana satu Malaysia tengok. Wanita bukan objek, sampai bila gurauan sebegini perlu berlaku dalam siaran langsung.

Lepas itu dia siap ‘high five’ (bertepuk tangan) dengan Zizan pula. Ramai wanita jadi sasaran, ini tidak adil,” kata warganet. kejadian yang membabitkan dua pengacara itu berlaku ketika AC Mizal dan Elly duduk dalam barisan kerusi

bersama Zizan Razak, Mira Filzah, Syafiq Kyle dan Siti Nordiana. Usaha untuk mendapatkan penjelasan AC Mizal setakat ini tidak berjaya apabila pengacara berkenaan tidak mengangkat panggilan telefon mahupun membalas kiriman WhatsApp.

AC Mizal gelar Elly Mazlein 'used car'

Posted by Rock N Roll Pizza on Sunday, 22 September 2019

Video Ac Mizal panggil Elly Mazlein Used Car, lawak Ac Mizal dikecam kerana rendahkan martabat ibu tunggal

Di sebalik kemeriahan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam, di media s0sial muncul pula beberapa isu yang hangat diperkatakan sehingga ianya turut tvlar.

Antaranya adalah mengenai pengacara ABPBH33 iaitu Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein. Biarpun keserasian gandingan kedua-dua pengacara ini dipuji namun terdapat juga kec4man yang melibatkan mereka terutamanya buat AC. Menerusi temubual secara langsung pengacara-pengacara itu bersama

pelakon Mira Filzah dan Zizan Razak yang turut disiarkan di kaca televisyen, AC dilihat cuba ‘bergurav kasar’ mengenai Elly atau lebih dikenali peminat sebagai Kak Lina yang dianggapnya sebagai ‘used car’ sambil berseloroh.

Segalanya bermula apabila Elly cuba bertanyakan pada Mira adakah pelakon itu hadiri ke malam ABPBH bersama Zizan. Namun setelah disangkal oleh pelawak itu, AC cuba berseloroh mengenai Elly sehingga ianya telah menimbulkan spekvlasi dikalangan warganet.

Hal itu menyebabkan kebanyakan daripada mereka beranggapan bahawa lawak AC seperti cuba menjatvhkan martabat wanita apatah lagi buat Elly yang berstatus sebagai ibu tunggal. Biarpun begitu, ada yang beranggapan kedua-dua mereka sudah professional dan gurauan itu sekadar menaikkan lagi suasana humor pada malam itu. Apa pendapat anda.Kongsikan dengan kami!Sumber hangat

Sebelum ini Elly Mazlein mengakui tidak sabar untuk dirisik oleh kekasih hatinya dalam satu majlis tertutup yang dirancang berlangsung dalam masa terdekat. Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu berkata, pihak keluarga lelaki yang mahukan majlis merisik dan pertunangan diadakan sebelum mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

“Mungkin kerana bakal suami berstatus bujang maka keluarganya mahukan majlis merisik diadakan. Selepas merisik, kami akan bertunang dan pada hari pertunangan, saya akan adakan satu sidang akhbar mengumumkan tarikh perkahwinan.

“Memang kami merancang dan merisik dan bertunang selepas ABP32 selesai tetapi belum lagi ditentukan tarikh yang sebenar,”katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman pengacara Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-32 di Anjung Liku, Bangsar yang menyaksikan dia bakal bergandingan dengan Datuk AC Mizal sebagai hos.

“Saya tidak sabar menanti saat bahagia itu kerana dahulu majlis nikah saya berlangsung dalam suasana yang pilv kerana baru kehil4ngan mama.“Kali ini, saya merancang membuat lima majlis resepsi berbeza buat keluarga, kawan-kawan dan peminat,”ujarnya lagi.Elly dan bakal suami, seorang cikgu berasal dari Kelantan yang dirahsiakan identitinya sudah berkenalan hampir setahun lalu.Sumber kosmo

Be the first to comment on "Video Elly Mazlein sangat tersentuh hati apabila digelar used car oleh Ac Mizal, Elly Mazlein akhirnya buka mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*