Warganet dakwa Neelofa belum sedia tutup aurat dengan sempurna. Gebunya, duduk sampai terselak kain.

Selepas menghadiri acara Minggu Fesyen New York 2019 (NYFW2019), pengacara popular Noor Neelofa kelihatan sibuk memenuhi undangan di Minggu Fesyen Milan pula. Menerusi laman Instagram, selebriti yang baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah haji pada bulan lalu itu memuat naik beberapa koleksi gambar dengan penampilan fesyen yang gah dan menarik.

Namun mungkin Neelofa terlepas pandang apabila terdapat sekeping gambar dimana kain yang dipakai pengacara program MeleTOP itu didakwa kelihatan sedikit terangkat. Menerusi ruangan komen, sudah tentu warganet tidak melepaskan peluang untuk memberi pelbagai reaksi terhadap penampilan tersebut.

Neelofa, artis paling banyak ikuti pertunjukan fesyen

PELAKON dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Nor, 30 bersyukur kerana menjadi artis tanah air yang paling banyak mengikuti pertunjukan fesyen di New York, Amerika Syarikat. Neelofa berkata, dia menzahirkan penghargaan apabila menerima undangan pihak penganjur bagi mengikuti pertunjukan itu bermula Jumaat lalu hingga esok.

“Alhamdulillah, saya dapat bertemu pereka fesyen terkemuka dunia seperti Tommy Hilfiger. Saya juga bersua muka bersama model hijab terkemuka, Halima Aden dengan menimba pengalaman berhubung rekaan pakaian serta peragaan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Sebelum ini beberapa artis tanah air pernah menyertai New York Fashion Show antaranya Jow Flizzow dan Farah Nabilah dengan mengikuti dua pertunjukan. “Menerusi jemputan New York Fashion Show, saya menyertai 13 aktiviti, lima pertunjukan fesyen, makan malam bersama mereka (pereka fesyen) selain mencuba pakaian di bilik pameran,” katanya.

Menurutnya, sewaktu mencuba busana Tommy Hilfiger di bilik persalinan, semalam, pereka fesyen itu menegurnya lalu memberikan nasihat berhubung pemakaian. “Dalam sesi ‘fitting’, Tommy Hilfiger muncul dengan memberikan kata pujian. Dia sangat baik dan berkongsi pandangan bagaimana menggayakan busana,” katanya.

Katanya, dia turut menerima undangan menghadiri pertunjukan fesyen di Paris, Perancis pada Khamis dan Jumaat ini sebelum bertolak ke Milan, Itali untuk menyertai pertunjukan itu pada 16 hingga 23 September ini.”Akhir sekali, saya kembali semula ke Paris Fashion Show antara 24 September hingga 1 Oktober ini sebelum ke Monaco pada 5 hingga 7 Oktober depan. Saya berharap dapat mengumpul ilmu menerusi semua penyertaan ini,” katanya.

Neelofa mahu miliki jet peribadi

PENGACARA dan pelakon popular Noor Neelofa Mohd Nor, 30, memasang impian untuk memiliki jet peribadi.Neelofa berkongsi perkara terbabit ketika diajukan soalan mengenai tiga impian yang belum dikecapi dalam program terbaru terbitan Harian Metro, Opsss, hari ini.

“Saya mahu memperkuatkan jenama di peringkat antarabangsa selain mengintai peluang dalam bidang hartanah dan ingin memiliki jet peribadi,” katanya.Dalam pada itu, Neelofa turut menolak dakwaan sering bertemu dan meluangkan masa bersama kerabat diraja.

Menurut Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 itu, hubungan yang terjalin itu berlandaskan persahabatan sahaja. “Kalau betul pun saya anggap mereka sebagai kawan sahaja,” katanya. Antara lain yang mencuri perhatian, Neelofa mengakui meminati lelaki berjambang dan bertubuh sasa.

Opsss yang bersiaran secara langsung setiap Selasa jam 5 petang di platform media sosial Harian Metro adalah sebuah program santai yang mengutarakan 20 soalan kepada selebriti atau orang kenamaan secara spontan.Lima episod sudah pun bersiaran membabitkan artis terkenal tempatan iaitu Mira Filzah, Remy Ishak, Siti Sarah dan Scha Al Yahya.

Tak adil saya jawab isu kakak 

“SAYA tahu apa yang terjadi. Jadi sudah tentu orang akan bertanya akan hal ini,” kata pengacara Neelofa ketika mengulas gosip mengatakan kakaknya Noor Nabila Mohd Noor memfailkan perpisahan terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad seperti dilaporkan sebuah portal hiburan, hari ini.

Neelofa ketika ditemui berkata, dia sudah bersedia dengan segala persoalan yang bakal ditanya membabitkan rumah tangga kakaknya itu. “Saya dan keluarga Nabila berkongsi rumah yang sama. Namun tidak adil untuk saya menjawab berkaitan isu ini.

“Cuma nak orang tahu yang saya akan menyokong dan melindungi kakak dengan keputusan ingin dibuatnya selagi dia gembira.Malah saya juga yakin yang ahli keluarga dan teman rapat akan turut bersama dengannya walau dalam keadaan dia susah atau senang,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome di Centre Court, Pavilion, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, Nabila seorang wanita yang kuat dan berdikari meskipun dia tidak berkongsi masalah dihadapi kepada ahli keluarga.“Nabila sudah lalui banyak perkara dalam hidup. Apa yang boleh saya cakap dia seorang berdikari dan kuat.

“Dia tidak mudah tunjuk apa yang terbuku dalam hatinya. Malah dia juga tidak akan berkongsi masalah dihadapi kepada ahli keluarga tapi ada bercerita dengan kawan,” katanya.Namun katanya, teman Nabila adalah kawannya juga dan sudah pasti dia akan dapat tahu cerita peribadinya.

“Apa yang boleh saya katakan, Nabila berhak menerima pasangan yang terbaik dari segi kehidupan kekeluargaan. Saya percaya Allah akan bantu dia,” katanya.Sebelum ini, perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah. Namun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu. Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.

Be the first to comment on "Warganet dakwa Neelofa belum sedia tutup aurat dengan sempurna. Gebunya, duduk sampai terselak kain."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*