Viral Ashley rampas kemenangan Janna Nick, Syahmi tampil ceritakan hal sebenar

Pelakon muda yang berbakat ini sudah tidak asing lagi dalam industri seni tanah air, malah Janna Nick sentiasa mewarnai kaca televisyen dengan pelbagai kisah yang dilakonkannya. Bagaimanapun, dia juga merupakan salah seorang selebriti yang turut memenangi Anugerah di Anugerah Bintang Popular BH yang ke 32 pada Ahad lalu.

Janna dinobat Anugerah Artis Versatil Popular ABPBH 32

Bagaimanapun, lucunya pula tular foto dia memegang trofi dilaman sosial apabila wajahnya itu diletakkan wajah Yoe Parey yang pernah memegang watak ‘Ashley’ dalam Drama Spontan. Sape buat ni??? Janna juga memuat naik foto tersebut dilaman Instagram miliknya sehingga membuatkan jutaan followersnya itu gelak besar.

Drama Spontan bertajuk Ashrul atau Ashley? baru-baru ini pernah hangat diperkatakan ramai sehingga menerima jutaan tontonan dalam masa yang tidak lama melalui laman YouTube. Dalam pada itu, Janna juga menerima komen daripada rakan artis yang turut terhibur namun tidak disangka, posting Janna meraih hampir 200 ribu likes dan lebih 5 ribu komen ditinggalkan.

Rakan artis turut terhibur

Reaksi warganet

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: ABPBH 32, Janna Nick via Himpunan Cerita Lawak

“Silap saya kerana tidak peka pemilihan pakaian” – Janna Nick terima teguran berbaju ketat ketika beri ceramah motivasi

Janna Nick memohon maaf diatas kesilapannya mengenakan baju yang kurang sesuai semasa menyampaikan motivasi tersebut. PELAKON Janna Nick menerima teguran segelintir warganet yang kurang senang dengan gaya pemakaiannya ketika

memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar kolej baru-baru ini. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 24, memohon maaf atas kesilapannya yang tidak peka dalam memilih pakaian mengikut keadaan ketika itu.

“Saya mengaku memang silap saya yang tidak peka dalam pemilihan pakaian ketika itu. Ini kali pertama saya dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mungkin disebabkan itu saya tidak pasti mengenai cara pemakaian yang betul.

“Insya-Allah saya akan perbaiki kalau selepas ini dipanggil lagi untuk memberi ceramah dan memakai baju mengikut kesesuaian acara. Saya ambil perkara ini secara positif saja,” kata Janna kepada mStar. Janna ditemui ketika sidang media teater Malayu – ‘Pawana Isabella’ di Bilik Nilam Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.

Pemakaian Janna jadi perhatian warganet. Selain Janna, teater arahan pengarah Erma Fatima bersama Naque Ariffin itu turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Johan Raja Lawak, Datuk Afdlin Shauki dan Azar Azmi akan mula ditayangkan bermula pada 21 Ogos ini di Istana Budaya.

Sebelum ini, Janna berkongsi sedutan video dirinya memberikan ceramah motivasi dan pengalamannya yang bekerja seawal umur 14 tahun di hadapan pelajar-pelajar pada Ahad lalu. Walaupun rata-rata warganet memuji perkongsian Janna itu bermanfaat dan cukup

membakar semangat namun ada segelintir mereka yang lebih fokus mengkritik penampilannya. Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku ini memberitahu dia tidak pernah menyalahkan warganet yang menegur untuk menyedarkan kesilapannya.

Janna akan lebih berhati-hati mengenai pemilihan pakaian selepas ini. Menurut Janna lagi, dia sedar seharusnya berpakaian lebih sopan untuk menyampaikan sesuatu ilmu terutama di hadapan umum. “Saya tak menyalahkan warganet sebab bagi saya, kalau mereka tak tegur, saya sendiri tak tahu kesilapan saya itu. Jadi, saya terima sahaja teguran mereka dengan baik dan positif.

“Saya faham nak sampaikan sesuatu ilmu pengetahuan itu kita kena la berpakaian sopan untuk berhadapan dengan umum. “Walaupun sebenarnya program itu bukan dilakukan di universiti atau kolej tapi ia adalah anjuran sebuah majalah gaya hidup. Tapi segala kesilapan kecil itu saya akan cuba elakkan selepas ini,” ujarnya.

Sumber mstar

Be the first to comment on "Viral Ashley rampas kemenangan Janna Nick, Syahmi tampil ceritakan hal sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*