First of all, admin nak ucapkan tahniah kepada pelakon jelita dan sopan santun, Mira Filzah kerana telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) yang berlangsung malam tadi.
Dalam kemeriahan anugerah yang penuh glamour ni, nampaknya ada juga soksek yang admin dengar kononnya warganet tak setuju dengan kemenangan artis kpop dalam anugerah ni. Laaa pulak! Menerusi satu posting di Twitter, seorang warganet mempersoal kemenangan BTS dalam ABPBH dan sikap seorang ‘makcik’ iaitu ‘ketua army’ yang katanya agak keterlaluan semasa ambil trofi.
Identiti wanita ini
Walau bagaimanapun, wakil yang naik ke atas pentas berprestij bagi menerima trofi tersebut telah mengundang perhatian majoriti penonton. Difahamkan wanita dikenali sebagai Mastura Jamil itu merupakan ‘orang kuat’ ARMY yang berjaya mewakili puluhan ribu peminat BTS di Malaysia. Tetapi kehadiran wanita berkenaan agak kurang disenangi netizen yang disifatkan agak keterlaluan atau terlebih teruja ketika memberi ucapan di atas pentas.
“Apa kena mengena kpop dengan industri hiburan Malaysia?”
Menurut warganet tersebut, ABPBH sepatutnya tak patut wujudkan pun anugerah buat kumpulan kpop ni. Hal ini sebabnya, apa kena mengena BTS dan kpop dengan industri hiburan Malaysia pulak? Erk! Mengarut apa ni?
Sumber: Twitter
“Makcik ni punya semangat naik pentas macam trofi tu dia punya”
Tak cukup dengan itu, telatah wanita yang menjadi wakil bagi mengambil trofi buat kumpulan BTS pun siap kena troll lagi. Ada yang kata gayanya melebih-lebih macam dia pulak yang menang anugerah tu. Haih macam-macam… maybe dia excited kot artis yang dia sokong menang kan?? Korang tengoklah kat bawah ni. “Yess.. ARMY SNAPPED IT.. CONGRATS AGAIN @BTS_twt for winning this award.. May be first award in Malaysia.. “
bts menang anugerah abph
Posted by Muslim Media Semasa on Sunday, 22 September 2019
“Award yang tak ada makna. Just nak tumpang populariti BTS” Agak memeritkan, siap ada yang kata ABPBH hanya buat award ni untuk tumpang populariti kumpulan BTS saja. Sebab fans BTS kan ramai, jadi bolehlah naikkan rating ABPBH kalau ramai yang tengok award ni kerana kpop.
Apa-apapun bagi admin, kita tak perlulah terlalu negatif sampai semua perkara nak dikecam. Anggap jelah dah rezeki BTS menang anugerah ni kan? Bagi ABPBH, mungkin boleh buat lebih banyak perubahan dan pembaharuan tahun depan.
Sementara itu Pasangan duet yang juga pemenang Penyanyi Lelaki Popular DuitNow dan Penyanyi Wanita Popular DuitNow, Khai Bahar serta Siti Nordiana atau Nana tidak menganggap, gosip cinta menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan mereka.
Khai berkata, mereka percaya peminat menyokong dengan ikhlas, berdasarkan produk seni yang mereka pertaruhkan selama ini.
“Saya percaya, sokongan yang diberikan peminat adalah ikhlas berdasarkan hasil kerja seni kami. Ia tiada kaitan dengan gosip cinta yang diperkatakan ramai.
“Bagaimanapun, jika itu turut menjadi faktor, kami tidak kisah dan bersikap terbuka. Namun, secara peribadi, saya dan Nana masing-masing mempunyai penyokong yang kuat. Mereka berusaha keras mengundi kami,” katanya. Nana menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah sempena dua dekad dia berada dalam industri.
Sementara itu, Nana menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah sempena dua dekad dia berada dalam industri. “Ini adalah hadiah paling manis buat saya sepanjang dua dekad dalam bidang seni. Semuanya kerana sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan peminat,” katanya.
Mengulas kemenangannya sebagai Pengacara TV Popular, Nana berkata, dia menjadikan kejayaan itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi pengacara lebih baik. “Saya semakin meminati kerjaya pengacara selepas mengendalikan program Gema Gegar Vaganza.
Selepas itu, saya ada juga menerima pelawaan lain, di samping mengasah lagi kekuatan menerusi saluran TV YouTube sendiri,” katanya. Nana berkata, jika diberi pilihan, dia memilih untuk mengendalikan program santai dan ringan. “Buat masa ini, saya harus mendapatkan pengalaman dahulu. Saya tidak berani buat program berat lagi,” katanya. Tahniah buat semua pemenang!
sumber: lobakmerah
Be the first to comment on "Video over makcik ni macam trofi dia punya, identiti sebenar wanita yang wakil ambil trofi Bts"