Lufya akhirnya mengakui sering dikasari oleh suami ketika sarat hamil siap bagi bukti lagi

Semakin terbuka ‘pekung’ kisah rumah tangga Lufya Omar dan suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz apabila Lufya memuat naik kisah suami memukvul isteri di Instagram miliknya. Terkini Lufya berkongsi perbualannya dengan seorang

wanita yang turut berkongsi gambar kelukaan yang dialaminya. Melalui perbualan tersebut, wanita itu juga meminta Lufya menyimpan dan menyorok gambar kelukaan yang dialami oleh Lufya daripada pengetahuan suaminya.

Pada entri yang sama di ruangan komen, Lufya seolah-olah turut memberikan gambaran bahawa dia juga dikasari suaminya ketika sedang hamil, apabila menjawab komen seorang pengikutnya di Instagram. “I tengah preggy pun pernah kena tumbuk, sepak terajang…

depan family dia pijak semut tak nak… last last nama kita juga busuk,” tulis @zuriana_arshad di ruangan komen Lufya. “@zuriana_arshad sama! Patut kita belajar tomoi la sebeum kawin. Jangan sedih ya. Takpelah. Tunggu balasan lagi hebat dari Yang Maha Hebat,” balas Lufya kepada yang menulis komen tersebut.

Pada entri tersebut juga Lufya mengakui menerima banyak aduan bergambar aduan-aduan wanita yang dikasari oleh suami masing-masing. Lufya juga secara sinis menyindir suami yang suka berlagak seperti mereka yang menjadi baik di hadapan keluarga dan masyarakat.

“Belakang hari mereka ni akan jadi orang yang tak bersalah kat keluarga dan masyarakat. Apa lagi yang ada raut wajah acah-acah lembut suci,” tulis Lufya. Lufya juga memberi beberapa nasihat yang dianggap penting kepada semua wanita yang dianiay4a suami demi masa depan diri sendiri dan anak-anak. Berikut adalah nasihat yang ditulis oleh Lufya pada entri di Instagramnya itu.

1. Terus pergi hospital buat laporan kekasaran. 2. Pergi balai buat laporan polis bawa laporan kekasaran yang dilakukan. (untuk rujukan syariah; kalau taknak suami kena ta4ngkap polis, boleh sekadar menyimpan bukti kukuh dan memberi peluang pengajaran kepada suami / boleh jugak buat report kasi suami menginap free kat dalam.

3. Mengadu pada wali, bapa, atuk lelaki, adik lelaki, bapa saudara untuk menjadi wakil dalam perbincangan keluarga. Kalau lebih rumit. 4. Lantik je lawyer. Kalau takde cukup kewangan, jgn risau ada je badan yang boleh bantu. Jangan ta4kut negara kita ada vundang-uvndang. p/s: Semoga urusan mereka dipermudahkan dan segala kemelut yang melanda rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: astrogempak

Suami didakwa songsang kerana penampilannya, akhirnya Lufya Omar buka mulut ceritakan hal yang sebenar

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar menafikan desas-desus warganet mengenai suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz yang did4kwa meminati k4um sejenis. Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, sebagai isteri, dia lebih mengenali suaminya dan menganggap ia fitn4h semata-mata.

“Itu semua fitn4h. Saya sebagai isteri lebih mengenalinya serta tahu baik buruuknya dari keluarganya sendiri. “Dia bukan seorang songs4ng, malah dia sangat be3ncikan kaum songs4ng. Allah lebih mengetahui dan jauhkanlah fitn4h tanpa bukti hanya kerana melihat kepada penampilannya.

“Jika orang cakap pasal fotonya di aplikasi s0ngs4ng itu, bagi saya, ramai je gambar orang lain yang digunakan bagi tujuan fitn4h atau suka-suka,” jelasnya kepada Gempak. Lufya berkata demikian ketika dihubungi Gempak selepas diminta mengulas lanjut mengenai pergolakan rumah tangga yang sedang dialaminya.

Masalah rumah tangga yang mereka hadapi telah mula diketahui umum selepas Hafiz sendiri memberi kenyataan kepada media. Malah beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan ini menjadi bualan apabila Lufya pada mulanya memuat naik status mend4kwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami selepas tiga bulan berkahwin.

Mengulas mengenai hubungannya terkininya dengan Hafiz, Lufya mendedahkan mereka sudah tiga bulan tidak sebumbung. “Kami sudah tiga bulan tidak sebumbung. Malah ketika saya cuba menghubunginya beberapa hari lalu dia senyap dan tidak membalas apa-apa.

“Saya tak terima apa-apa lafaz perpisahan melalui WhatsApp seperti yang did4kwa, jauh sekali surat dari mahk4mah. “Jika benar dia hendak berpisah saya minta dia memfailkan di mahk4mah. Negara kita ada und4ang-und4ng. Saya harap dia bertindak secara bijak,” katanya lagi. Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Sumber : GempakBerita Automotif

Lufya Omar Merayu Supaya Suami Jadi Gentleman Dan Lelaki Bertanggungjawab

Apa faedahnya kita berkahwin dengan pasangan kalau tak boleh nak berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Komunikasi antara pasangan adalah kunci utama dalam mencapai kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Pasangan yang kurang berkomunikasi akan semakin renggang dan boleh tercetus salah faham.

Sebab itu mereka boleh bergaduh dan ingin perpisahan . Lufya tampil mengulas mengenai kenyataan Dr Che Hafiz yang memberitahu dia bukan lagi suami kepada aktres itu kerana sudah membuat lafaz perpisahan melalui WhatsApp pada minggu lalu.

Menurut Dr Che Hafiz, dia enggan mendedahkan punca perpisahan itu memandangkan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum selain perlu menjaga hati banyak pihak. Kemelut rumah tangga Lufya menjadi semakin rumit apabila pelakon itu berkata dia tidak menerima sebarang mesej perpisahan daripada suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Pengakuan itu sekaligus menolak kenyataan pengamal perubatan itu yang memaklumkan kepada media bahawa dia sudah melepaskan Lufya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu. Bagaimanapun menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, dia reda sekiranya perpisahan menjadi penyelesaian terakhir buat mereka.’

Sebenarnya saya tak terima sebarang surat atau dokumen berkaitan perpisahan dan tiada lafaz berpisah melalui WhatsApp seperti yang didakwanya. Saya masih menunggu dia memfailkan perpisahan kami secara sah,” kata Lufya kepada mStar.

Tegas Lufya, dia berharap agar Dr Che Hafiz, 29, tampil menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara profesional mengikut undang-undang. “Bagi saya kalau benar inginkan jalan penyelesaian ini, lepaskanlah secara budiman melalui cara yang betul,” kata Lufya lagi.

Kontroversi rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat warganetapabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagram pada Jumaat lalu. Lufya juga mendakwa suaminya itu telah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

Perkongsian itu dibuat berikutan sudah tidak mampu menahan perasaan kecewa terhadap suaminya yang mengabaikan haknya sebagai seorang isteri selepas tiga bulan berkahwin. Bagaimanapun Lufya mengambil keputusan memadam perkongsiannya itu bagi mengelakkan fitnah berpanjangan terhadap mereka berdua.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun. Pasangan mana yang mahu rumah tangga dan mahligai indah yang dibina musnah di tengah jalan? \

Seboleh-bolehnya suami apatah lagi isteri ingin menjaga keharmonian rumah tangga masing-masing. Kalau boleh, ayat berpisah itu mintalah dijauhkan. Semoga Tuhan sentiasa melindungi perkahwinan kita. Tapi, kita juga kena bijak menguruskan rumah tangga ini agar ia tak kecundang.

Kredit:MstarOnline

Be the first to comment on "Lufya akhirnya mengakui sering dikasari oleh suami ketika sarat hamil siap bagi bukti lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*