Apa Pencapaian Dia, Undi Diri Sendiri? – Netizen Pertikai Haneesya Hanee Menang Artis Baharu Wanita Popular

SELEBRITI Haneesya Hanee tidak dapat menahan sebak apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Anugerah Artis Wanita Baharu Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) pada Ahad.

Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, menganggap penarikan anugerah Dewi Remaja yang diterimanya sebelum ini sebagai suatu rahmat apabila berjaya merangkul anugerah dalam ABPBH32.

“Alhamdulilah, kisah silam telah mengajar saya untuk jadi lebih baik daripada pelbagai aspek terutamanya dari segi sikap.

“Apabila Allah tarik satu perkara, dia akan bagi yang lebih baik. Terbukti malam ini bila saya menang anugerah ini,” jelas Hanee kepada mStar.

Pelakon Adam Lee turut dinobatkan Anugerah Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH32

Hanee, 19, yang pernah menjadi bualan hangat apabila beberapa video aksi dia sedang berparti di kelab malam tersebar luas selepas kemenangannya sebagai juara program Dewi Remaja 2018/2019.

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada individu yang menjatuhkannya kerana perkara itu akhirnya menjadi pembuka pintu rezekinya dalam dunia hiburan.

“Hadiah ini untuk mereka. Kepada yang membe3nci dan menjatuhkan saya, mereka tahu siapa mereka, terima kasih kerana tanpa anda saya tidak mungkin berada di sini,” katanya menyiindir pihak-pihak yang tak puas hati terhadapnya selama ini.

Sementara itu, kategori Artis Baharu Lelaki Popular pula dimenangi oleh Adam Lee.

Ramai juga yang terkejut dengan keputusan tersebut dan ada netizen mula mempertikaikan kemenangan Haneesya. Apa agaknya pencapaian gadis berusia 19 tahun itu yang boleh dibanggakan kerana dia baru setahun jagung dalam industri hiburan? Layak ke dilabel sebagai artis?

Apa pencapaian dia? Undi sendiri lah macam ini

haneesya hanee artis baharu wanita popular

kemenangan haneesya hanee dipertikai

haneesya hanee undiri diri sendiri

Sudah tertulis rezeki untuk Haneesya menang semalam. Harapnya selepas ini dia akan membuktikan dirinya benar-benar berbakat dan tidak terus dihimpit kontroversi lagi.

Sumber : Mstar, beautifulnara

Be the first to comment on "Apa Pencapaian Dia, Undi Diri Sendiri? – Netizen Pertikai Haneesya Hanee Menang Artis Baharu Wanita Popular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*