Kemenangan Haneesya Hanee Artis Baru Popular Dipertikai

Sebelum ini melalui episod pahit apabila gelaran Juara Dewi Remaja ditarik balik dek kerana kontroversinya di kelab malam, nampaknya Haneesya Hanee menebus semula rasa kecewanya apabila menang Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 32 malam tadi.

Bagaimanapun ramai netizen mengkritik aksinya di atas pentas yang terlalu ‘over’ menangis terharu di atas kemenangannya itu. Netizen berkata kemenangan itu adalah hasil dari undian peminat atau ‘diri sendiri.

Malah ada yang mengatakan sama ada tangisannya itu betul-betul atau lakonan semata-mata. Dalam pada itu, ada yang menyindir pelakon baru itu dengan mengatakan jangan ditarik balik kemenangan tersebut.

Tidak kurang juga ramai yang mempertikaikan kemenangan gadis itu sedangkan tidak pernah melihat gadis itu berlakon mahupun muncul di kaca televisyen.


Apa pun sudah tertulis rezeki Haneesya menang untuk Artis Baru Popular. Diharap dengan kemenangan tersebut Haneesya dapat membuktikan bakatnya dan bukan popular dengan hanya terpalit kontroversi panas semata-mata.

Kata Kata Pedas Haneesya Hanee Selepas Dia Menang 

Bagi kategori perempuan pula dimenangi oleh pelakon hitam manis Haneesya Hanee.

‘Terima kasih hat3ers,” kata model dan pelakon Haneesya Hanee sejurus ditemui diumumkan sebagai artis wanita baharu popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32).

Tambah gadis berusia 19 tahun ini, dia menghargai setiap komen diterima oleh netizen.

“Walaupun sering dihentam di laman sosial, saya berterima kasih kepada mereka yang memang kewujudan saya di dalam industri.

“Hadiah ini untuk mereka. Kepada yang membe3nci saya, terima kasih kerana tanpa anda saya tidak mungkin berada di sini,” katanya.

Dalam masa sama, Hanee juga berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan berita s3ensasi sebaliknya fokus kepada kerjaya seni.

p/s: Apa-apa pun semoga berjaya di ucapkan kepada Hanessya.Semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi

sumber: rotikaya, XTRA / BHARIAN ONLINE

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kemenangan Haneesya Hanee Artis Baru Popular Dipertikai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*