Setelah lama berdiam diri, akhirnya suami Izreen Azminda dedah sesuatu kenapa lepaskan isteri pertama.

Heboh beberapa hari apabila madu kepada Izreen bagitau suaminya fail permohonan perpisahan terhadapnya. Lepas berdiam diri, akhirnya suaminya tampil dedah “sesuatu”. Allahu.

ALASAN SUDAH TIADA HATI..

Selepas isteri pertama kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liyana membuat kenyataan tentang suaminya memfailkan permohonan perpisahan, giliran Ude pula memberi kenyataan tentang hubungan rumah tangga mereka.

Pemuzik bebas itu mengakui, dia sudah tiada hati untuk hidup bersama dengan isterinya itu dan perpisahan adalah jalan terbaik. Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu berkata, dia dan Intan tidak sanggup menipu diri untuk meneruskan lagi perhubungan sebagai suami isteri.

KEBAJIKAN BEKAS ISTERI DAN ANAK-ANAK JANJI AKAN JAGA..

“Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan. Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab.”

“Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,” katanya kepada BH Online. Permohonan perpisahan dibuat pada 30 November tahun lalum Ude bakal melafazkan talak terhadap isteri pertamanya selepas proses perbincangan mengenai nafkah dan penjagaan anak selesai.

Sumber: Roti Kaya

ISTERI PERTAMA MASIH CINTA SUAMI..

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini isteri kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liyana mengakui yang tidak tahu apa salahnya sehingga suaminya itu sanggup memfailkan permohonan perpisahan.

“Sehingga ke hari ini, saya masih sayangkan Ude. Bersedia atau tidak, saya terima dan reda lafaz cerai yang akan dibuat suami,” katanya menangis. Mengakui Ude seorang suami dan bapa yang baik serta penyayang, hubungan suami isteri menjadi renggang sejak November lalu. Ude pula mengakui sudah mengahwini pelakon Izreen Azminda pada Ogos tahun lalu.

Intan Liyana dan Izreen Azminda hanya sempat menjalani hidup bermadu selama enam bulan. “Kami sudah tidak sebumbung sejak November lepas dan saya masih menetap di rumah yang disediakan Ude bersama anak-anak,” katanya lagi.

Sumber: Roti Kaya

Romantik habis. Izreen terharu sambut hari jadi dengan Ude.

Pelakon versatiI, Izreen Azminda telah meyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 30 Ogos 2019. Izreen Azminda Aznam (lahir pada 30 Ogos 1985) atau lebih popular sebagai Izreen Azminda merupakan pelakon, pelawak dan pengacara tv dari Malaysia. Beliau pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja dan telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, suami kepada pelakon yang berusia 34 tahun itu telah menyambut hari istimewa tersebut.

“Tq suami ku.. I love you so much.. @udewahid #izreen34tahunsudah,” tulisnya.

Bintang kelahiran Kangar, Perlis itu telah dilahirkan pada 30 Ogos 1985. Sebagai wanita yang pernah melalui kekecewaan dalam kehidupan berumah tangga, Izreen redha dengan takdir sudah tertulis mengenai jodoh beliau. Sebelum ini, Izreen dan Ude yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos 2017 lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya. Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014. Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun berpisah pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Sumber : MH

‘Ude sikit pun tidak rasa takut’ – Izreen Azminda kongsi moment lahirkan Aaron Ibrahim

Pelakon drama popular Izreen Azminda menerusi akaun Instagram berkongsi berita gembira atas kelahiran anak pertama daripada perkahwinan keduanya bersama Ude Wahid. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017. Pelakon wanita ini turut berkongsi wajah baby boy di laman sosial untuk tatapan pengikut. Bayi itu selamat dilahirkan pada 29 Jun 2019 sekitar jam 1.46 petang dengan berat 2.85 kg.

Semuanya berjalan lancar

Menerusi laporan Metro ketika menghubungi pelakon ini, dia turut berkongsi momen ketika melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim Bin Muhammad Radzi. Izreen telah mengalami kontraksi pada Jumaat lalu. Sebaik tiba di hospital, doktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama. Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg.

Suami ada menemani

Izreen Azminda berkongsi pengalaman ketika di labour room dan bersyukur kerana suami, Ude Wahid ada bersamanya untuk menemani ketika bersalin.

Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana pembedahan terpaksa dijalankan akibat situasi cemas. Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor membedah perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak. Sumber: Metro

Be the first to comment on "Setelah lama berdiam diri, akhirnya suami Izreen Azminda dedah sesuatu kenapa lepaskan isteri pertama."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*