“Alhmdulillah ada yang nak ank saya, kalau tak ada lagi peniing” – Anak kedua Rosyam Nor selamat mendirikan rumah tngga.

Datuk Rosyam Nor berkata dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk mencari dan menentukan pasangan hidup masing-masing.

Menurut Rosyam, 52, anak-anak mempunyai hak dalam menentukan pasangan dan dia sebagai bapa meletakkan kepercayaan penuh atas pilihan mereka itu.

“Anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.

“Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan mereka pula bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” katanya kepada mStar.

Rosyam beri kebebasan anak-anak tentukan pasangan hidup.

Rosyam ditemui semasa tayangan perdana filem Motif yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pelakon filem KL Gangster 2 ini dikurniakan lima anak perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.

Dalam perkembangan lain, Rosyam memberitahu anak keduanya iaitu Nur Anis, 26, selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati pada Jumaat.

Pelakon Bella Dally bergambar dengan pengantin, Anis dan suami, Hariz.

“Anak saya (Anis) bernikah hari ini (Jumaat) dan Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.

“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak berapa bagus,” ujarnya.

Sebelum ini nama Anis menjadi sebutan netizen apabila dia dikatakan menjadi orang tengah yang menyatukan pelakon Elfira Loy dan suami, Faris Anuar.

Artikel berkaitan..”Aduh! Kenapa Dengan Troli Aku Kau Angkut Sekali” – Rosyam Nor Terkejut Troli Masuk LRT.

Bintang filem Misteri Dilaila, Datuk Rosyam Nor terkejut apabila mendapat kiriman foto menunjukkan troli daripada pasaraya miliknya dibawa masuk ke dalam gerabak LRT.

Insiden melucukan itu mulai viral sejak minggu lalu di media sosial sebelum sampai ke pengetahuan Rosyam.

“Aduh! Kenapa dengan troli aku kau angkut sekali,” tulisnya menerusi entri di Instagram baru-baru ini.

Pengikut Rosyam yang terhibur dengan gelagat orang awam yang bertindak sedemikian sempat melayangkan pandangan masing-masing.

“Tak dapat angkut tuan, troli pun jadi,” tulis @rohaidahazida.

“Kat bengkel tayar pun saya pernah nampak troli Rosyam Mart. Punya jauh berjalan,” tambah @fairoz87.

“Buat collection bang. Peminat tegar tu,” sahut pengguna lain pula.

Selain itu, ada yang turut menasihati pelanggan dan orang awam agar menyemai kesedaran sivik untuk tidak lagi melakukan perbuatan memalukan sebegini.

Dalam perkembangan lain, filem Misteri Dilaila lakonan Rosyam yang telah berjaya mengutip RM8.8 juta masih ditayangkan di pawagam.

Rosyam mendukung peranan sebagai Inspektor Aman selaku pegawai yang mengendalikan kes misteri membabitkan sepasang suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth Tan).

Namun, berlaku beberapa insiden yang membuatkan pelbagai kisah demi kisah dibongkarkan satu persatu.

Jangan lepaskan peluang menonton Misteri Dilaila di pawagam berhampiran anda!

Sumber: mstar / astrogempak

 

Be the first to comment on "“Alhmdulillah ada yang nak ank saya, kalau tak ada lagi peniing” – Anak kedua Rosyam Nor selamat mendirikan rumah tngga."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*