JPJ Akan Melelong Kereta Mercedes Dan 104 Kenderaan Lain Bermula RM50 Pada 25 September Nanti

JPJ melakukan lelongan kedua pada tahun ini. Kali ini akan diadakan di Perak di mana sebanyak 105 buah kenderaan yang disita (81 buah kereta, 20 buah motorsikal, 3 buah van dan sebuah lori) akan diletakkan di bawah bidaan pada 25 September ini.

Kredit foto: Utusan

Menurut Pengarah JPJ Negeri, Severinus Tukah, kesemua kenderaan ini akan dimasukkan dalam pelelongan awam dan dipersembahkan untuk pemeriksaan awam bermula 17 September sehingga 20 September.

Beberapa kenderaan yang menarik akan dilelong termasuklah:

  • Toyota Wish
  • Mercedes Benz
  • BMW
  • Subaru Impreza
  • Motorsikal seperti Yamaha 125Z, Honda EX-5, dan banyak lagi.

Kesemua kenderaan ini akan dilelong serendah RM50 sebagai permulaan bidaan!

Kredit foto: Harian Metro

Menurut Pengarah JPJ Negeri Perak seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

“Dokumen pelelongan awam sudah mula dijual bermula 10 September lalu dengan harga RM70 dan orang ramai masih boleh mendapatkannya sehingga jam 4 petang pada 24 September ini.

“Dokumen atau buku ini boleh dibeli di Bahagian Kewangan JPJ Perak dan orang ramai yang mahu membelinya perlu membawa bersama salinan kad pengenalan,” katanya dalam sidang media di JPJ Perak di Ipoh, hari ini.

Bidaan ini akan bermula pada pukul 9 Pagi pada 25 September.

SUMBER

Be the first to comment on "JPJ Akan Melelong Kereta Mercedes Dan 104 Kenderaan Lain Bermula RM50 Pada 25 September Nanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*