Semasa 2 Lelaki Yang Bertumbvk Di Tol Dibicarakan Di Makamah,Ini Kata Kata Majistret Makamah Buat Mereka Berdua Tertunduk Malu

0
212

“SEPATUTNYA kamu sabar dan menjadi contoh baik kepada orang bukan Islam. Isteri kamu pula patut baik pulih keadaan dan bukan biarkan suami berga-duh,” kata Majistret Noorasyikin Sahat terhadap Mohamad Fazrien Mohd Ziear.

“Kamu pula Ng (Ng Whye Hoong) sudah matang dan sepatutnya boleh berfikir. Kamu tidak malu jika nanti bila sudah tua anak-anak lihat video yang tular ini?” tambah beliau lagi.

Majistret Noorasyikin menjatuhkan hukuman penj4ra sehari dan denda RM1,000 kepada kedua-dua tertuduh itu yang mengaku bersalah berga-duh sesama sendiri di Plaza Tol Bukit Kiara, Selasa lalu.

Jika gagal bayar denda itu, Mohamad Fazrien, yang bekerja sendiri dan Pengurus Teknologi Maklumat, Ng boleh dikenakan penj4ra sebulan.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan ga-duh gempar di tempat awam iaitu di Plaza Tol Bukit Kiara, dekat Kuala Lumpur, 4.30 petang, 17 September lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penj4ra maksimum enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Selasa lalu, tular di media sosial memaparkan dua lelaki bertvmbuk di Plaza Tol Bukit Kiara sehingga cedera satu sama lain.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang memandu van dalam perjalanan dari Wangsa Maju ke Petaling Jaya, Selangor.

Setibanya di Kerinchi Link, sebuah kereta yang dipandu seorang lagi lelaki memotong van terbabit sebelum menekan brek di hadapan kenderaan itu.

Rakaman itu dipercayai dibuat oleh isteri kepada seorang daripada pemandu berkenaan.

Difahamkan Mohamad Fazrien ada membuat kutipan wang melalui laman Facebook miliknya bagi membayar denda.

Sumber : HMETRO ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here