[VIDEO] Aksi Geng Mak Mak ‘Per4ng Mulut’ Berebut Nak Cedok Lauk Dekat Majlis Kahwin,Bikin Malu je !!

iral di media sosial baru-baru ni, geng mak mak bergaduh sebab berebut nak cedok lauk dekat majlis kahwin. Menurut Tribun, kejadian memalukan tu disaksikan ramai tetamu lain dan kebanyakan daripada mereka memegang telefon masing-masing untuk rakam pergaduhan dua wanita itu.

Kedua-dua wanita itu dikatakan berebut lauk rendang yang ada dalam tray makanan atas meja. Pada mulanya mereka mula dengan bergaduh mulut sebelum ianya jadi lagi teruk bila mereka cuba tolak dan pukul satu sama lain.

Dalam video tu seorang wanita pakai baju warna hijau dilihat tengah cedok lauk rendah dan ambil beberapa potong daging sampai penuh pinggan. Disebabkan itu, wanita yang pakai baju coklat tu naik marah dek kerana rendang dalam tray tu tinggal dua potong je.

Kiranya dia marah pasal wanita baju hijau tu tak ingat orang belakang main cedok je lauk. Si wanita berbaju hijau tu boleh didengari berkata,

“Ya ampun, bawel (bising/potpet) banget sih mulutnya!”

Lepas tu bermulalah adegan bergaduh mulut antara mereka berdua. Masing-masing cakap dengan nada yang tinggi macam menengking sementara tetamu berdekatan mereka ada yang terkejut dan ada juga yang cuba cuit mereka untuk berhenti gaduh. Wanita berbaju coklat itu juga sempat perli dan cakap,

“Itu (lauk dalam pinggan) mau kasih makan orang sekampung?!”

Tapi, kalau korang tengok video tu nampak macam scripted dan lakonan semata-mata. Seorang individu ada tunjuk gambar menunjukkan semuanya tu hanya di sebalik tabir untuk buat iklan produk.

Sumber: Twitter

Tonton video di bawah:

View this post on Instagram

Emak-emak rebutan rendang #Viral #VideoViral #videolucu #videoketawa #lucu #humor #videohumor #ketawa #ngakak #ketawangakak #videongakak #lucuabis #likeforlike #vidiolucu #kocak #gokil #followforfollow #l4l #hahaha #videogokil #videokocak #humorku #koplak #videokoplak #lfl #senyum #dagelan #lucubanget #gambarlucu

A post shared by hatihatidimedsos (@hatihatidimedsos) on

SUMBER: LM

Be the first to comment on "[VIDEO] Aksi Geng Mak Mak ‘Per4ng Mulut’ Berebut Nak Cedok Lauk Dekat Majlis Kahwin,Bikin Malu je !!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*