“ Bayar Kos Hospital Pun Tak Mampu – Abby Abadi Temui Ibu Angkat Untuk Anak Ini

Pelakon Abby Abadi telah menemui seorang ibu angkat untuk seorang bayi yang lahir dalam keluarga yang tidak berkemampuan.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Pada mulanya, Abby mengumumkan perkara itu untuk mencari sesiapa yang sudi dan berkemampuan untuk mengambil bayi itu sebagai anak angkat.

“Saya ada baby girl ni, mak ayah orang luar, jadi bermasalah sikit nak uruskan dokumentasinya.

“Tapi saya kesian kat baby ni, dengan ibunya yang masih di h0spital sebab tak mampu nak bayar kos h0spitalnya, bersalin melalui proses pembdahan.

“Jadi, siapa-siapa yang sudi dan berkemampuan, mohon DM saya ya, nak diselesaikan secepat mungkin, terima kasih,” tulisnya sebagai kapsyen.

Walaubagaimanapun, Abby telah menyunting kapsyen tersebut kira-kira empat jam selepas ia dimuat naik untuk memaklumkan ibu angkat untuk bayi tersebut telah ditemui.

“UPDATE : Dah ada ya ibu angkatnya, Terima kasih,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/B2ihwzXDJMR/?utm_source=ig_web_copy_link

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif dan turut berasa kasihan dengan nasib yang dihadapi bayi terbabit.

Untuk rekod, Abby telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faizal Zakaria dan mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Abby kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya ini, namun dia masih belum mendedahkan usia sebenar kandungannya kepada umum.

Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "“ Bayar Kos Hospital Pun Tak Mampu – Abby Abadi Temui Ibu Angkat Untuk Anak Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*