Noor Nabila dikeecam isu nafkah yang Sharnaaz Ahmad beri tidak mencukupi. Ini komen padu dari Noor Nabila untuk warganet.

Konflik rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila cukup hangat diperkatakan. Tuntutan uuntuk berpisah dilakukan oleh Nabila dengan mengemukakan beberapa alasan untuk berpisah dari tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan dan turut menyatakan Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan. Rata-rata warganet mengatakan nafkah itu sememangnya tidak mencukupi dengan gaya hidup Nabila yang serba mewah.

Terbaru, menerusi akaun Instagramnya, Nabila memuat naik kenyataan ianya bukanlah soal duit tetapi lebih kepada tanggungjawab. Warganet mempercayai kata-kata itu merujuk kepada isu nafkah RM500 tersebut.

Sumber:IG Neelofa

Sharnaaz enggan pisah, Nabila menangis

“Saya tak bersedia memberikan ‘statement’ (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,” katanya. Sementara itu Sharnaaz berkata, dia enggan mengulas mengenai sebab dia menolak perpisahan kerana mahu mengikut prosuder mahkamah yang ditetapkan.

Dia ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perpisahan itu. Kami akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengahari pada 30 Oktober depan. Ketika kami kahwin elok-elok, takkan lah masa pisah nak gaduh-gaduh.

“Reda atau tidak (perpisahan ini) kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap. Mahkamah sudah beri arahan (JKP), jadi kena ikut. Apabila saya kata tak setuju (tolak perpisahan), kita cuba memperbaiki (hubungan) sebaik mungkin dan cari kebaikan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada masih menyayangi isterinya, Sharnaaz menolak untuk menjawab pertanyaan itu. Menurut Sharnaaz, dia akan menggunakan JKP itu untuk mencari jalan penyelesaian yang berkemungkinan dapat mempertahankan rumah tangganya.

“Berkaitan melantik siapa (wakil JKP) adalah rahsia. Dalam soal anak pula (Jebat Jayden) kami akan berbincang dan setakat ini saya tidak pernah dihalang untuk melawatnya, terima kasih juga kepada Nabila,” katanya. Dalam pada itu Akberdin berkata, pihaknya mahu menyelesaikan kes perpisahan terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan berkaitan tuntutan penjagaan anak.

Katanya, melalui Seksyen 47 Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mereka memiliki ruang untuk berbincang dan berdamai. “Kita akan lihat sama ada perkahwinan dapat diselamatkan atau tidak malah undang-undang memberikan tempoh enam bulan bagi tujuan itu,” katanya.

Akberdin menjelaskan, antara sebab tuntutan ditolak anak guamannya adalah pihak plaintif (Noor Nabila) meminta tarikh awal untuk berpisah. “Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan undang-undang memberi masa enam bulan. Buat masa ini tiada tuntutan berkaitan perkara lain,” katanya.

Dalam pada itu peguam Noor Nabila, Azmi Mohd Rais berkata, pihaknya memfailkan perpisahan itu pada 27 Ogos lalu. Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian sebaik Noor Nabila memuat naik sekeping foto dipercayai berada di kompleks mahkamah itu menerusi Instagram miliknya, 29 Ogos lalu.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga. Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Noor Nabila dikeecam isu nafkah yang Sharnaaz Ahmad beri tidak mencukupi. Ini komen padu dari Noor Nabila untuk warganet."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*