“Saya baru lepas berak puas puas” – Wanita Bisik Dekat Bakal Suami Tapi Tak Sedar Dekat Baju Ada Mikrofon!

Baru-baru ni, sebuah video kelakar dan memalukan tentang satu pasangan ketika majlis kahwin mereka jadi viral. Menurut Mirror, ketika kejadian pengantin perempuan itu dikatakan berjalan di karpet merah menuju bakal suaminya atas pentas bersama paderi.Mata-mata tetamu termasuk keluarga dan teman rapat tertumpu ke arah wanita itu dan selalunya detik itu memang antara detik yang penuh emosi untuk pengantin.

Sebaik saja pengantin perempuan tu sampai di atas pentas, bakal suaminya sempat memuji dan berkata dia nampak cantik dengan persalinan tersebut.Sebelum bermulanya upacara itu, pengantin perempuan juga sempat membisikkan sesuatu kepada bakal suaminya. Ianya sangat memalukan kerana tanpa sedar dekat baju bakal suami dia ada mikrofon.

Saya baru lepas berak puas puas sebelum berjalan masuk.”

Terkejut dan tak sangka bakal isterinya akan bisik sesuatu yang macam tu, pengantin lelaki terus balas,

Awak ni dah kenapa?”

Dia kemudian beritahu dekat pengantin perempuan yang dia mempunyai mikrofon yang digantungkan pada pakaiannya ketika itu.

Lepas tu, dia cakap dekat bakal isteri yang mikrofon tu adalah untuk video kahwin dan videographer boleh dengar apa yang dia bisikkan tadi.

Pengantin perempuan tak tahan dan terus gelak namun tak dinyatakan sama ada mereka kongsi tak cerita lucu tu dengan tetamu tapi ramai netizen yang tonton video tersebut mengaku mereka pun tergelak dan terhibur.

TONTON VIDEO DI BAWAH :

Be the first to comment on "“Saya baru lepas berak puas puas” – Wanita Bisik Dekat Bakal Suami Tapi Tak Sedar Dekat Baju Ada Mikrofon!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*