Gara Gara Netizen Tak Hormat Tunku Azizah, Nourul Wahab Naik Angin Dan Tampil Bersuara,Ini Kata Kata Nourul

ISU buliii siber dengan kata-kata nega tif segelintir netizen terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengundang rasa ma rah banyak pihak termasuk penyanyi Nourul Wahab.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, perbuatan berkenaan disifatkan sebagai keterlaluan dan bia dab lebih-lebih lagi kepada Tunku Azizah.

“Sebagai artis, individu yang selalu kena ma ki, kena ku tuk… ya saya anggap ia perkara biasa kerana kami tak ada tittle Duli Yang Maha Mulia.

“Mereka gunakan media sosial untuk lepaskan geram, luahkan rasa sampai mereka sendiri dah tak tahu adab nak hormat orang. Kita boleh tengok sesetengah orang ni tak ada otak dan biadab.

“Saya rasa sangat marah sebab dah selalu kena dan mereka senang-senang guna media sosial untuk lepaskan den dam,” ujarnya.

Nourul meluahkan rasa ma rah dengan segelintir netizen yang meninggalkan komen nega tif terhadap Tuanku Permaisuri Agong.

Nourul berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu.

Selain itu kata Nourul, sebagai rakyat yang hidup berlandaskan institusi Raja Berperlembagaan, kita perlu menghormati sistem berkenaan.

Malah Nourul turut menyuarakan pendapat agar individu berkenaan perlu dikenakan tindakan bagi memberi pengajaran agar sikap bia dab seperti itu tidak lagi berulang.

“Kita ni nak pemimpin berjiwa rakyat tapi kita asyik mengata permaisuri. Tunku manusia biasa yang nak kongsi mengenai kisah hidup, untuk memberi inspirasi… bukan saja-saja share atau menunjuk.

“Apabila ada manusia begini memang saya geram. Kita enjoy tengok kehidupan yang dikongsikan permaisuri… Saya rakyat dari negeri yang tiada raja, jadi saya seronok tengok video Tunku.

Pendapat saya mereka perlu ditangkap untuk diberi pengajaran kerana media sosial itu bukan tempat untuk mereka meluahkan segala-galanya – Nourul Wahab

“Mulut-mulut macam mereka ni kita kena ajar… sebagai rakyat kita kena ada rasa tanggungjawab kepada institusi diraja dan negara kita. Saya setuju polis tangkap walaupun Tunku tak suka penangkapan dilakukan.

“Pendapat saya mereka perlu ditangkap untuk diberi pengajaran kerana media sosial itu bukan tempat untuk mereka meluahkan segala-galanya,” katanya.

Terdahulu, kehilangan akaun Tunku Azizah daripada radar Twitter menimbulkan rasa gusar pengikutnya.

Berikutan itu, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap individu yang meninggalkan komen negatif sehingga ia menarik perhatian Tunku Azizah.

SUMBER

Be the first to comment on "Gara Gara Netizen Tak Hormat Tunku Azizah, Nourul Wahab Naik Angin Dan Tampil Bersuara,Ini Kata Kata Nourul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*