Dikecam kerana luah rasa tak puas hati tengok Tokti komen persembahan Han Byul dalam bm, siap kaitkan Shila Hamzah pulak

Lepas berlangsungnya Minggu kelima Konsert Big Stage semalam, macam-macam reaksi yang diberikan oleh warganet, antara persembahan yang menjadi tumpuan penonton sudah semestinya peserta dari Korea, Han Byul yang menyanyikan lagu berlainan bahasa.

Ternyata pesembahannya lagu dangdut Yang Sedang Sedang Saja nyanyian Iwan mendapat sambutan hangat, juri Dato’ Seri Siti Nurhaliza sendiri terpukau melihatnya, tapi ada warganet yang masih bitter dengan komen TokTi tu. “Tak puas hati juga lah TokTi dapat Han Byul tak nak comment in English”

Sebagai seorang juri, TokTi diberi tanggungjawab untuk komen para peserta setelah selesai melakukan persembahannya. Pada minggu kelima, giliran TokTi memberikan komen kepada Han Byul. Seperti yang kita sedia maklum, TokTi memang terkenal dengan ciri-ciri kemelayuan sejati dalam dirinya, jadi tak hairanlah kalau TokTi lebih selesa bertutur dalam bahasa Melayu.

Itu sebablah dia lebih selesa memberikan komen bahasa ibunda kita kepada peserta dari luar negara ni. Tapi ada warganet yang kurang senang dengan mengkritik penggunaan bahasa TokTi kepada Han Byul. Jadi, kata-kata warganet tu seolah-olah nak memperlekehkan cara TokTi bertutur bahasa Inggeris.

Disebabkan itu, tweet tersebut telah mengundang kec4man warganet. Bagi mereka, bahasa yang digunakan bukan masalah utama mereka. Bahkan, ada juga yang mengatakan Han Byul yang sepatutnya belajar betutur bahasa Melayu. Dalam program dari negara Korea sendiri pun mereka tak kisah bertutur bahasa ibunda jika ada peserta yang berasal dari luar negaranya.

Bagi yang mengikuti perkembangan program tersebut ada saja TokTi berbahasa Inggeris, ada juga juga warganet yang menyuarakan bahawa fasih berbahasa barat ini bukanlah simbolik kepada kepintaran seseorang. Senang cerita rata-rata beng4ng dengan kenyataan individu tersebut.

Penting sangat ke komen in English? Hebat sangat eh? – Warganet

“Malah better tokto komen dalam bahasa yang dia selesa.. nampak natural dan nampak scripted.. lebih bebas untuk tokti sampaikan komen”. “Okey je tokto bagi komen dalam bahasa melaju sebab at least apa yang beliau nak komen tu sampai. Patutnya production provide translator (in-ear translator lagi bagus). Tekdelah both Chaleeda dengan Hanbyul dua dua ternganga je dari masa komen dengan drama masa penyingkiran tu”.

“Kenapa ko tak puas hati? … han byul ok je kot.. klau hanbyul yang tak puas hati, no wonder la.. sebab komen tu untuk dia je..”. “Kenapa tokti yang kena cakap English… Sepatutnya Han byul yang kena belajar Bahasa Melayu.. Program TV dekat Malaysia kot..”.

“Kenapa tokti yang kena cakap English.. Sepatutnya Han byul tu yang belajar bahasa melayu Program tv Malaysia kot..”. “Pada yang kecam, program luar negara sendiri even ada pserta dari luar negara, dyorang sebenarnya ada translator, dyorg pkai ear piece, translator dok belakang stage translate kan apa orang cakap…”

“Kau tengok shila amzah pergi china, ada ke juri komen dalam bahasa melayu??? kalau konsestan tu dah bersedia masuk big stage dia sendiri lah kena belajar bahasa Malaysia, kenapa kita pulak yang kena jaga hati dorang”. ” Shila amzah tu memang pandai cakap cina sebab dia sekolah cina dan hanbyul memang tengah belajar bm, tp as a beginner bukan semua beginner nak catchup.”

“Dia dah pernah komen in english, Dan tak ada masalah pun kalau dia komen dalam bn. Mesej masih bileh sampai through Alif dan Sherry… dan normal ya untuk benda macam ni untuk program dekat China dengan Korea pun…”

Ekoran dengan kec4man hebat yang diterima, individu tersebut telah menyulitkan akaun Twitter nya. Bagi kami, tak ada masalah pun kalau nak bertutur bahasa apa sekalipun, mesti Han Byul sendiri sedang belajar bahasa Melayu.

Sumber : Lobak Merah

Video peserta korea Big Stage Han Byul memukau penonton nyanyi lagu Melayu, terima standing ovation

Rancangan realiti nyanyian Big Stage musim kedua sudah semakin hangat, dengan persembahan peserta-peserta daripada program pencarian bakat Budak Baru Nak Up (BBNU), yang mendapat jumlah tontonan paling banyak. Big Stage mempertaruhkan bakat penyanyi muda tempatan dan juga luar negara.

Apa yang menarik pada minggu ini, adalah persembahan daripada penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han-Byul. Walaupun tidak fasih berbahasa Melayu, penyanyi dari Korea Selatan telah berjaya membawa lagu yang bertajuk Vroom Vroom, nyanyian asal Nabila Razali, dengan begitu baik sekali pada malam persembahan.

Dapat standing ovation terus

Han-Byul telah membuktikan bahawa perbezaan bahasa bukan penghalang baginya. Dia telah memberikan persembahan yang cukup bertenaga dengan gayanya tersendiri. Kelunakan nyanyian dan persembahan telah berjaya memukau ramai penonton dan para juri, sehingga mendapat standing ovation dan tepukan paling gemuruh.

Video :

Nabila Razali boleh gulung tikar

Rata-rata warganet juga memuji persembahan penyanyi Korea yang bersungguh-sungguh memberikan persembahan yang cukup memukau. Malah, ada yang beranggapan versi nyanyiannya lebih sedap didengar daripada penyanyi asal. Ni antara komen warganet :

sumber : ohmymedia

Artikel lain : Altimet buka mulut tentang kisah disebalik paras rupa dan isu kulitnya yang mendapat pujian ramai

Altimet dedah apa yang sebenarnya berlaku pada diri beliau.

Penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 41, menyifatkan kulit wajahnya sebagai perisai untuk dirinya. Berkongsi catatan mengenai kulit di laman Instagram, pelantun lagu Amboi ini mengakui kulit wajahnya menjadi pelindung untuk dirinya dari wanita-wanita yang boleh melal4ikan.

“Kulit aku perisai aku. Kulit aku banyak lindungi aku dari benda benda negatif. Dari orang yang menilai orang lain hanya dari segi luaran sahaja. Tak ramai orang macam ni dalam hidup aku. Alhamdulillah. “Kulit aku lindungkan aku dari wanita wanita yang boleh melalaikan aku. Dengan itu membuka jalan untuk yang nampak lebih dalam dan mendapat jalan masuk ke dalam hati aku.

“Kulit aku pernah membuat saingan saingan aku memandang rendah kat aku, jadi mereka tak endahkan aku, sekaligus memberi aku ruang untuk menjadi lebih kuat dan handal untuk mengatasi mereka. You know who you are,” tulisnya. Mengakui dirinya tidak tampan, Altimet juga tidak bergantung kepada rupa untuk berjaya dalam bidang seni yang diceburi olehnya.

“Kulit aku membuat orang memberi nasihat kat aku supaya jangan bergantung pada rupa untuk berjaya dalam bidang ni. Oleh itu, aku meletakkan harga diri aku pada kualiti karya aku. “Ye, aku tak tampan, tapi pena aku menari atas kertas dengan lenggok yang lawa, yang tajam bila perlu, yang lembut bila kena masanya, yang lain daripada yang lain.

“Kulit aku ni Allah bagi kat aku jadi aku boleh jadi aku. Dia bagi aku Kulit yang tebal, jadi bagilah kuat mana, Insya-Allah tak lut. “Kalau awak ada Kulit mcm ni, atau rasa kecewa sebab orang lain lagi cantik, lawa, hensem dari awak, jangan risau. Ada hikmahnya. Lagipun, kulit yang mulus / cantik tak kekal selamanya,” tulisnya lagi

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan nukilan yang dicoret oleh Altimet dan menyokong buah fikiran penyanyi itu. Dalam perkembangan lain, Altimet kini duduk di kerusi juri tetap program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersama Datuk Awie dan Nora Danish. MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Komen :

Sumber : sinar.kini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Dikecam kerana luah rasa tak puas hati tengok Tokti komen persembahan Han Byul dalam bm, siap kaitkan Shila Hamzah pulak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*