Big size jugak Ct rupanya. Warganet body shaming tokti, ini komen padu dari peminat Tokti.

Gara-gara memuat naik satu keping foto dilaman Instagram, penyanyi nombor satu Malaysia turut jdi ‘body shaming’ oleh seorang pengguna media sosial. Kelihatan foto Datuk Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti bersama pelakon, Lisa Surihani menerima kritikan daripada individu terbabit.

Bertemu si kecil molek…

Menerima lebih 80 ribu tanda suka, ramai memuji kecantikan dua selebriti ini menerusi foto tersebut sehingga menjadi idola warganet. Bagaimanapun, komen daripada seorang individu itu turut menerima bidasan ‘padu’ daripada followers Tokti yang geram membaca kritikan ditinggalkan di posting tersebut yang disifatkan sebagai ‘body shaming’.

Oh seronok ke body shaming kan orang?

Lisa yg kecik la ngok…

Biar dia sis manusia…

“Saya Tetap Pendirian Setakat Ini” – Siti Nurhaliza Tak Mahu Bertanding Di Anugerah Juara Lagu

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap dengan pendiriannya untuk tidak bertanding di pentas pertandingan nyanyian. Meskipun lagu nyanyiannya, Anta Permana dikatakan bakal dipertandingkan untuk Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tahun hadapan, Siti menegaskan dia masih memegang kata-katanya dahulu yang mahu berehat dari pertandingan nyanyian.

“Setakat ini, saya memang tetap dengan pendirian dan kata-kata saya untuk tidak bertanding lagi. Kalau ikutkan saya memang nak berehat, saya pun dah bercakap mengenai perkara ini. Buat masa ini saya belum terbuka hati untuk menyertai AJL34,” ujarnya ringkas.

Siti berkata demikian di sidang media yang diadakan sejurus selepas konsert mini SimplySiti dengan kerjasama Shopee bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre malam tadi. Pada permulaan konsert tersebut, Siti tidak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu Jerat Percintaan kerana sebak terkenangkan zaman awal kemunculannya dalam industri hiburan.

“Saya tak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu itu, tambahan pula ada seorang gadis memakai baju sekolah yang menjadi ‘pendua’ saya di atas pentas, saya terus teringat zaman remaja saya. Saya terbayangkan segala susah senang ketika itu, terkenangkan pengorbanan emak dan abah. Sebab itulah ada bahagian yang saya tak lepas untuk menyanyi kerana saya memang tak boleh menyanyi kerana sedih,” tuturnya lagi.

Selain Jerat Percintaan, Siti turut memukau penonton dengan lagu-lagu hit seperti Wajah Kekasih, Ku Mahu, Anta Permana dan banyak lagi. Dalam perkembangan lain, Siti bakal tampil dalam sebuah konsert penghargaan buat Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah yang bakal diadakan 14 dan 15 November ini.

“Berdasarkan perbincangan, saya akan menjadi salah seorang artis undangan dalam konsert tersebut. Saya mahu menyertainya sebagai satu tanda sokongan untuk mengenang jasa Pak Ngah yang telah banyak membantu saya sejak bergelar penyanyi,” tambahnya.

Siti Nurhaliza tak perlu ke AJL

KECOH dengarnya ada yang mahu lagu Anta Permana ke Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL) dengan penyanyi asalnya Datuk Seri Siti Nurhaliza dikekalkan. Tak mahu penyanyi lain diminta membawakan lagu yang lunak merdu itu tanpa Siti!

Lagu ciptaan dan lirik Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Siti, Huzz anggap itu, setakat ini terang-terang layak untuk bukan sahaja naik ke pentas AJL malah mampu meraih kemenangan kerana lagu-lagu saingannya tak semua cukup kuat walaupun boleh dilayan dengar.

Bagaimanapun Siti yang sudah bertahun tak menyertai acara hiburan popular itu demi memberi laluan artis lain meraih juara, tak terfikir nak kembali ke pentas AJL. Semua maklum, Siti sering ‘sapu’ trofi juara bukan setahun dua tapi bertahun-tahun, sejak menyertainya sejak 1995 dengan lagu Jerat Percintaan.

“Ada yang mahu Siti beraksi kembali tapi setakat ini tak buat sebarang keputusan lagi mengenainya,” cerita Siti waktu kami duduk berborak baru-baru ini.Huzz setuju Siti yang sudah ada pada kelas tersendiri setelah lebih 20 tahun bertahan dalam dunia hiburan terus tinggalkan AJL. Cukuplah sebagai penyanyi undangan atau juri.

Siti bakal menjayakan konsert mini di salah satu lokasi yang akan diberitahu kelak 14 September 2019. Lokasi asalnya di PWTC tetapi tak menjadi di saat akhir. Sesiapa yang nak dapat sepasang tiket percuma, lekaslah jadi pelanggan semua produk SimplySiti melalui pembelian di Shopee menggunakan kad CIMB Bank sekitar 2 Ogos hingga 7 Ogos ini!

“Siti pun sedang memilih-milih lebih 14 buah lagu untuk dipersembahkan,” katanya yang akan menyanyi diiringi live band. Sesudah September tahun ini, akan menyusul publisiti Siti bakal mengadakan konsert di Australia pula sekitar Oktober. Konsertnya di Royal Albert Hall untuk kali kedua ditunda ke tahun depan dengan produksi sendiri.

“Jadual agak sibuk sampai ke awal tahun depan,” kata pengurusnya, Rozie Razak. Dalam pada itu, Siti dan suami akan pulang ke Kuala Lipis meraikan Aidiladha minggu depan. Dan inilah kali pertama Siti Aafiyah akan ikut balik ke Kuala Lipis. Sejak lahir dah lebih setahun, dia tak pernah balik Lipis,” kongsi Siti.

Kelu kali pertama jumpa Siti

Sejak kecil lagi pelakon dan pengacara Neelofa, 27, meminati penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, 37. Malah menganggap ketika zaman kanak-kanaknya penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu adalah satu-satunya artis tempatan yang diminati.

Tentu saja apabila kali pertama bertemu dengan artis kesayangannya membuatkan Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor tidak keruan hingga hilang kata-kata. Dia bagaikan tidak percaya apabila memperoleh kesempatan bertemu dengan penyanyi diminatinya yang lahir daripada pertandingan Bintang HMI pada 1995.

Berkongsi kisah artis yang menjadi idolanya, Neelofa atau Lofa akui memang sejak dulu suka Siti. Katanya, Siti adalah satu-satunya artis tempatan yang paling diminatinya dan tiada orang lain. “Saya masih ingat lagi kali pertama bertemu dengan Siti. Waktu itu penyanyi yang mula mencipta nama dengan lagu Jerat Percintaan itu sudah bernikah dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

“Kebetulan keluarga saya memang kenal dengan keluarga Datuk K. Apabila satu hari kami diundang menghadiri satu majlis yang diadakan di kediaman mereka, saya rasa terpegun kali pertama bertemu Siti. Bayangkan selama bertahun-tahun menanam minat dalam hati, tiba-tiba idola kita berada di hadapan mata. Malu alah juga dibuatnya ketika itu, rasa tidak senang duduk pun ada,” katanya.

Walaupun dalam keadaan serba tidak kena, Lofa akui waktu itu cuba memujuk hati agar mengawal dirinya. Katanya, malu kalau perilakunya nanti kurang disenangi.“Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa hati saya berselubung girang. Saya memang memandang tinggi kepada artis idola saya atas beberapa perkara. Sudah tentu kerana vokal hebat Siti berjaya memenangi hati saya

“Sejak Siti muncul dengan album pertama lagi, saya menyukai bakat dimilikinya. Siti mula popular sewaktu zaman saya di sekolah menengah dan rakan lain juga turut menjadikan dia sebagai idola. Boleh dikatakan kami membesar dengan lagu dendangannya. Minat mendalam pada Siti juga membuatkan saya dan beberapa rakan baik sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk bertemu dengannya selepas selesai menyaksikan konsert yang diadakan Siti,” katanya.

Perkara kedua yang membuatkan Lofa suka kepada Siti adalah cara dia menjaga keperibadiannya termasuk dalam menangani kontroversi dan gosip dunia hiburan. Katanya, apabila menyertai dunia hiburan dia banyak menjadikan Siti sebagai rujukan. Malah dia banyak membaca artikel disiarkan media mengenai Siti dan mengkaji bagaimana dia menjawab setiap soalan yang diajukan terutama isu-isu panas.

“Selalunya panas bagaimanapun isu dikaitkan dengan dirinya, Siti tidak pernah lari malah memberikan kerjasama baik dan menjawab setiap soalan. Bagusnya, segala jawapan diberikan bernas sekali gus menangkis segala isu yang cuba dikaitkan dengan dirinya,” katanya.

Lebih daripada itu, Neelofa juga melihat bagaimana idolanya bekerja keras dalam membina nama sebagai anak seni mahupun ahli perniagaan.“Saya percaya kalau seseorang itu bekerja keras, dia pasti mampu mencipta kejayaan. Siti membuktikan perkara itu apabila dia memenangi ratusan anugerah.

“Ini bermakna Siti memberikan yang terbaik dalam setiap kerja dilakukan dan disebabkan itu pihak industri sendiri mengiktiraf sumbangannya.Saya selalu menjadikan Siti contoh untuk mencapai kejayaan. Siti melalui banyak cabaran dan dugaan sepanjang bergelar anak seni tetapi tidak ada satupun yang mampu mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dan terus memberikan yang terbaik kepada peminatnya,” katanya.

Neelofa akui bertuah apabila terjun ke dalam dunia hiburan memberikan ruang untuknya selalu bertemu dengan idolanya sehinggalah kini mereka semakin akrab dan bersahabat.“Walaupun sudah menjadi rakan, saya tetap hormat dan Siti Nurhaliza tetap idola saya. Lebih daripada itu, saya anggap dia seperti kakak yang prihatin kepada adik-adiknya. Banyak juga perkara yang saya rujuk kepadanya sebagai panduan. Satu perkara, idola saya memang tidak kedekut ilmu,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "Big size jugak Ct rupanya. Warganet body shaming tokti, ini komen padu dari peminat Tokti."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*