Video risaunya, Attar tak lancar bercakap tapi perlu jawab exam untuk lepas atau tak masuk sekolah darjah 1, Wawa telan air liur yakin anak gagal

 

Pelakon Wawa Zainal berkongsi perkembangan terbaru mengenai keadaan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang bakal memasuki tahun satu tidak lama lagi. Coretan itu dimuat naik oleh Wawa menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.

Menurut Wawa, walaupun masih belum lancar untuk bertutur kata namun Attar cepat memahami dan mempelajari sesuatu perkara. “Ramai yang tanya perkembangan Attar macam mana. Alhamdulillah ada perubahan, tahun depan dah masuk darjah satu.

“Risaunya hari itu kitorang daftar dia darjah satu. Tapi rupanya sekolah tu kena exam dulu. Jadi antara lepas ke tak lah masuk sekolah tu. “Saya dan Aeril telan ayaq liur juga la sebab dan-dan cikgu bagi exam paper pada Attar. Jenguk soalan dia boleh tahan susah lah untuk budak enam tahun. Dalam hati susahnya soalan ni untuk Attar.

“Mesti gagal, tak sampai 30 minit Attar keluar dari bilik exam tu dan cikgu beritahu Attar lulus dan dapat markah 35 out of 40. Kira high score juga. “Alhamdulillah… Leganya, walaupun Attar tak lancar sangat bercakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar.

“Tapi tu la Attar ni sejenis yang kejap-kejap je belajar lepas tu bosan tapi tak apa lah kita pelan-pelan kayuh ye Attar. Mama tahu Attar budak yang bijak,” tulisnya. Sebelum ini, isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu pernah meluahkan rasa bimbang apabila Attar masih belum boleh bercakap walaupun usia anak lelakinya itu sudah mencecah empat tahun.

Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa. Manakala untuk perkembangan terbaru pula, Wawa kini sedang hamil anak ketiga. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Attar

Attar mula petah bercakap

Posted by Muslim Media Semasa on Tuesday, 17 September 2019

sumber: astro gempak

“Attar dekat rumah, tak bawa bercuti sebab sekolah!” – Aeril berang dituduh lebihkan anak perempuan, tak sayang anak sulung

Aeril terima banyak mesej mengatakan dia seakan lebih sayang anak perempuan berbanding anak lelakinya. PELAKON Aeril Zafrel menjelaskan tindakannya kurang memuat naik foto bersama anak lelaki Ahmad Fakhruddin Attar adalah disebabkan kanak-kanak itu sibuk dengan jadual persekolahan.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 31, berkata, waktu persekolahan pagi dan petang membuatkan Attar, 6, jarang mengikut mereka pergi bercuti. “Attar ada saja ni kat rumah. Kami tak muat naik gambar dia bukan sebab dah tak sayang dia tapi sebab kami tak bawa dia bercuti kerana dia sekolah pagi dan petang.

Aeril terpaksa memuat naik foto anaknya yang kini berada di rumah. “Sebab dia ada sekolah pagi dengan petang. Asyik-asyik DM cakap dah tak sayang anak lelaki la. Dah di anak tirikan la. “Muat naik ni sebab sebab dah banyak kali orang DM tanya soalan yang sama,” kata Aeril yang turut memuat naik foto anaknya yang kini berada di rumah.

Aeril membuat penjelasan itu berikutan rimas dengan pertanyaan warganet yang menuduh dia dan isterinya pelakon Wawa Zainal tidak menyayangi anak sulungnya itu. Pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu kini sedang bercuti di Ho Chi Minh, Vietnam bersama isterinya Wawa Zainal dan

anak perempuan mereka Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang kini berusia empat tahun. Dalam pada itu, Aeril turut berang apabila terdapat warganet yang mempertikaikan kasih sayang yang diberikan antara Hayla dan Attar. Aeril bersama isteri dan anak-anaknya.

Kata Aeril, dia meminta individu tersebut untuk periksa semula Instagramnya sebelum tinggalkan komen tersebut. Aeril juga mengatakan dia bukan seperti pasangan selebriti yang mempunyai laman sosial untuk anak-anak. “Kau periksa balik. Bila aku tak muat naik? Nanti ada adik baru. Hayla dengan Attar dah sibuk sekolah.

“Mereka pun kami jarang muat naik. Kami bukan macam orang lain, ada Instagram untuk anak-anak,” ujarnya. Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Attar, 6, dan Hayla, 4. Wawa kini hamil tiga bulan anak ketiga mereka.

Sumber mstar

Anak Wawa Zainal Disahkan Autism3?

Sebelum ini, pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya saling berbalas komen dengan warganet diruangan komen Instagram mereka apabila ada yang mendakwa anak mereka, Lara Alana ‘lembab’. Dakwaan itu muncul apabila terdapat segelintir daripada mereka yang memperkatakan mengenai pembesaran Lara yang agak perlahan berbanding kanak – kanak lain.

Wawa Risau Anak Masih Belum Boleh Bercakap

Terkini, Wawa Zainal yang juga isteri kepada pelakon Aeril Zafrel menerusi Instagram nya telah meminta para peminatnya untuk berkongsi pandangan dan nasihat mengenai anak sulung mereka, Ahmad Fakhtaruddin Attar.

Menurut Wawa, beliau berasakan risau mengenai anak sulungnya itu kini mencecah usia 4 tahun dan masih belum boleh bercakap. Disebabkan itu, Wawa bersifat terbuka dengan meminta peminatnya untuk berkongsi pengalaman dan juga tips untuk anaknya.

Warganet Dakwa Attar Autism3

Lebih dari 800 komen telah membanjiri ruangan Instagram Wawa dengan pelbagai nasihat dan juga pandangan. Akan tetapi, terdapat beberapa komen dari warganet yang mendakwa anak Wawa seperti mengalami tanda – tanda awal Autism.

Namun begitu, Wawa lebih tenang dengan tidak melatah dengan komen tersebut malah rata – rata komen dari peminat beliau mengatakan itu adalah perkara normal untuk kanak – kanak yang mengalami masalah sebutan dan boleh diatasi dengan pelbagai cara.

Sumber Instagram Wawa Zainal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Video risaunya, Attar tak lancar bercakap tapi perlu jawab exam untuk lepas atau tak masuk sekolah darjah 1, Wawa telan air liur yakin anak gagal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*