‘Tiada Terucap Dengan Kata,Dan Akan Jadi Kenangan Sampai Cucu Cicit’ – Raja Sehari Teruja Bertemu Raja Sebenar

Kekecohan mengenai penutupan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong sejak beberapa hari lepas langsung tidak menjejaskan kredibiliti serta kedudukan tertinggi pemerintahan negara.

Pengantin ambil gambar dengan Agong

KDYMM Agong serta Raja Permaisuri Agong masih lagi seperti sedia kala yang dikenali sebagai seorang yang mesra dan berjiwa rakyat.

Hal ini terbukti sekali lagi apabila Agong dan Raja Permaisuri telah bergambar mesra dengan satu pasangan pengantin yang sedang mengambil gambar perkahwinan mereka.

Langsung mencemar duli dengan mengenepikan protokol diraja, Agong serta Raja Permaisuri dilihat mesra dengan pasangan tersebut yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Gambar-gambar tersebut telah diperoleh menerusi Datuk Azuan Effendy yang turut sama berada di lokasi itu.

Terbaik Agong & Raja Permaisuri

Gambar ini juga telah dimuat naik ke Facebook Sinar Harian dan mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata bersama teruja dan kagum dengan kemesraan pemerintah negara yang sangat dekat dengan rakyatnya.

Memang rezeki pengantin

Kenangan tak akan dilupakan

Sumber : Sinar Harian, Datuk Azuan Effendy

 

Be the first to comment on "‘Tiada Terucap Dengan Kata,Dan Akan Jadi Kenangan Sampai Cucu Cicit’ – Raja Sehari Teruja Bertemu Raja Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*