“Jangan Lahh Cari Isteri Kelantan Walaupun Duduk KL 10 Tahun”- Netizen Nasihat Sharnaaz Ahmad

Kemelut rumah tangga Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad semakin hangat diperkatakan apabila Sharnaaz menolak tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

Lebih menjadi perhatian apabila Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500.

Kecoh mengenai pasangan tersebut, ada netizen mengaitkan isu kenegerian punca perceraian mereka. Menerusi ruangan komen Instagram Sharnaaz, ada segelintir netizen memberikan nasihat kepada pelakon itu supaya elakkan berkahwin dengan orang Kelantan.

Dalam pada itu, ada yang membidas komen netizen tersebut dengan mengatakan isu kenegerian tidak sepatutnya diheret dalam kes pasangan ini. Kata netizen lagi, ramai lagi mereka diluar sana tinggal bersama ibu bapa atau bersama keluarga, bukan saja orang Kelantan.

Apa pun netizen janganlah buat spekulasi liar mengenai rumah tangga mereka jika tidak tahu hujung pangkal dan perkara sebenar. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nabila dan Sharnaaz.

Sumber : rotikaya

“Beri Nafkah Hanya 500 “- Sharnaaz Ahmad Tidak Setuju, Nabila Beri 4 Alasan Punca Penc3raian 

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, dan Noor Nabila Mohd Noor, 35, melantik jawatankuasa pendamai pada 30 September ini.

Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh tersebut selepas Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tidak bersetuju terhadap permohonan tuntutan c3rai yang difailkan isterinya, Nor Nabila.

Terdahulu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya Sharnaaz selaku defendan tidak bersetuju terhadap permohonan tersebut.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais memohon defendan menjelaskan alasan tidak bersetuju terhadap permohonan anak guamnya, Nor Nabila, 34.

“Saya mohon supaya defendan menerangkan alasannya kerana di media sosial dia (defendan) kata akur dan bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi berkata, defendan tidak perlu menyatakan.

Ahmad Muttaqi: Sharnaaz, betul ke kamu sudah tengok tuntutan ini?
Sharnaaz: Betul
Ahmad Muttaqi: Setuju atau tidak dengan tuntutan itu?
Sharnaaz: Tidak
Ahmad Muttaqi kemudian mengarahkan kedua-dua pihak membawa wakil pada prosiding akan datang.

Nor Nabila yang juga kakak kepada usahawan, Neelofa memfailkan permohonan c3rai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Nor Nabila selaku plaintif dalam permohonannya menyatakan empat alasan penc3raian antaranya tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun.

Defendan juga didakwa hanya memberi nafkah yang tidak mencukupi iaitu RM500 walaupun berkemampuan.

Nor Nabila mendakwa tidak wujud lagi persefahaman antara mereka berdua walaupun pelbagai cara mengatasi masalah itu dilaksanakan.

Sharnaaz dan Nor Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Jebat Ahmad yang berusia setahun.

Image result for sharnaz bercerai

Nor Nabila ketika ditemui di luar mahkamah tidak dapat menahan seb4k dan berharap anak mereka menjadi keutamaan.

SUMBER

Be the first to comment on "“Jangan Lahh Cari Isteri Kelantan Walaupun Duduk KL 10 Tahun”- Netizen Nasihat Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*