“Bukan Sebab Merajuk”- Warganet Tidak Puas Hati,Tampil Kebalai Polis Untuk Buat Laporan Berhubung Posting Penghinaaan Tersebut,Tapi Ini Pula Komen Balas Tunku Permaisuri

Sejak beberapa hari lepas, media sosial kecoh dengan satu posting daripada seorang lelaki dikenali sebagai Firdaus Asraf yang dilihat bertindak kurang sopan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah.

Secara kebetulan, selepas muat naik tersebut tular, Raja Permaisuri telah bertindak menyahaktifkan akuan Twitter baginda dan sekali gus mengakibatkan warganet mengecam posting lelaki tersebut.

Buat laporan berkaitan penghinaan

Sedar keterlanjuran yang berlaku, Firdaus telah membuat permohonan maaf di Twitter dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Akan tetapi, warganet masih tidak berpuas hati dan ada yang lebih berani telah tampil ke balai polis untuk membuat laporan berhubung muat naik tersebut.

Bukan sebab sedih…

Oleh sebab perkara tersebut, baginda Raja Permaisuri Agong telah menyampai mesej dengan menjelaskan mengenai penutupan akaun Twitternya bagi menjernihkan kembali keadaan.

Perkara tersebut turut disampaikan oleh anakandanya iaitu Tengku Afzan menerusi Twitter rasmi baginda.

 

Menjunjung kasih Tuanku

Sehubungan dengan itu,  rata-rata pengguna Twitter mulai memahami keadaan tersebut dan akur dengan sebab utama yang dinyatakan oleh baginda.

Mereka turut meninggalkan komen diruangan posting Tengku Afzan tansa menyokong dan merindui Raja Permaisuri kesayangan rakyat.

 

Sumber : Amirul Shafiq Ahmad Zuperi, Tengkuafzan

 

 

Be the first to comment on "“Bukan Sebab Merajuk”- Warganet Tidak Puas Hati,Tampil Kebalai Polis Untuk Buat Laporan Berhubung Posting Penghinaaan Tersebut,Tapi Ini Pula Komen Balas Tunku Permaisuri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*