(Video) Akhirnya Mamat Exist Tampil Dedah Cerita Sebenar,Ini Kata Kata Mamat Exist

KUALA LUMPUR: : Vokalis asal kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, pada Khamis membuat permohonan maaf kepada masyarakat umum berikutan dia ditahan pihak polis baru-baru ini di Johor Bahru selepas disahkan positif dadah.

Bintang era 90-an itu membuat permohonan maaf tersebut dalam sesi sidang media berhubung keterlibatannya dalam menjayakan Konsert Exists Reunion yang akan berlangsung pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

“Apa yang berlaku adalah satu yang amat mendukacitakan bagi semua terutamanya ahli kumpulan Exists yang turut terlibat dengan apa yang berlaku pada saya. Saya sungguh kesal dan mengaku kesalahan diri saya.

Sesi fotografi bersama kumpulan Exists pada sidang media khas Konsert Exists Reunion selepas kes penahanan Mamat di Alila Bangsar, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 12 SEPTEMBER 2019.

“Saya mohon maaf kepada semua peminat atas apa yang berlaku pada saya dan saya akan cuba untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut berhubung isu penahanannya, Mamat berkata, kes itu tidak melibatkan dirinya seorang lantaran wujud pihak ketiga, namun dia enggan mengulas lanjut ekoran siasatan yang masih dijalankan oleh pihak polis.

Bagi penganjur konsert Exists Reunion, Shirazdeen Karim berkata pihaknya telah melakukan perbincangan bersama pihak polis untuk membebaskan Mamat dengan jaminan polis.

Perkara itu dilakukan bagi memberi laluan kepada Mamat membuat persembahan pada konsert berkenaan termasuk memberi jaminan terhadap konsert yang akan berlangsung seperti yang dirancang.

“Konsep konsert ini adalah reunion dan ia tidak bermakna tanpa kehadiran Mamat, dan kami akan membantu Mamat dengan apa cara sekalipun untuk pastikan dia menjayakan persembahan semasa konsert nanti,” katanya.

Antara perkembangan lain, Shiraz turut memaklumkan usaha dan rancangan untuk membantu Mamat dengan menghantar beliau ke pusat pemulihan sebaik sahaja selesai konsert tersebut.

“Pertama sekali ini adalah permintaan Mamat sendiri untuk dipulihkan dan ini termasuk ahli kumpulan Exists dan semua kawan-kawan, kita tak nak kehilangan bintang lagenda seperti ini”, katanya lagi.

Antara ahli kumpulan Exists yang turut hadir memberi sokongan termasuk Ajai, Ezad Lazim, dan gitaris Shah.

Konsert Exists Reunion akan berlangsung di dua lokasi berlainan yang bermula pada 28 September dan 5 Oktober di The Theatre Mediacorp, Singapura.

Sumber: AstroAwani

Be the first to comment on "(Video) Akhirnya Mamat Exist Tampil Dedah Cerita Sebenar,Ini Kata Kata Mamat Exist"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*