Video Dato Aliff Syukri saje nak malukan Baby Shima, diundang tapi tak bagi masuk, Upiak tampil untuk bela Baby Shima

Perseteruan antara usahawan terkenal Dato Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima nampak sudah semakin memuncak. Bermula dengan sindir menyindir, dua figura ini masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Pertelingkahan antara penyanyi Baby Shima dan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri semakin hangat apabila mereka ‘bersemuka’ di sebuah majlis petang tadi.

Difahamkan, Shima bertekak dan ‘menyerbu’ Aliff di sidang media pelancaran lagu baru usahawan itu yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Menerusi video ‘live’ di laman Facebook Aliff, Shima menyerbu Aliff di minit yang ke 21:00 dan mendakwa usahawan itu sengaja mahu mema@lukan dirinya.

Menerusi kemas kini Instagram Shima, penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu mendakwa Aliff cuba mem@alukan dirinya di sidang media terbabit. Terbaru, kedua-dua mereka ini telah berga@duh sehingga n@aik tangan, di dalam majlis pelancaran dan sidang media single terbaru usahawan tersebut iaitu ‘Cowok Baru’.

Kau saja kan nak malukan aku Dato! Menurut Shima, dia telah diundang ke majlis pelancaran tersebut oleh pihak Dato Aliff, pada mulanya penyanyi itu tidak mahu menghadirinya namun selepas dinasihatkan oleh pihak pengurusan untuk pergi, dia turuti juga.

Dijemput tapi tak bagi masuk… Tapi setelah sampai ke majlis tersebut, Baby Shima berasa kecewa kerana tidak dibenarkan masuk sedangkan dia sudah mendapat jemputan, dan kerana itulah pergaduhan mula tercetus. Saya sedih fizikal dihi1na semata-mata nak naikkan lagu
Sementara itu, penyanyi Upiak Isil yang juga duet dalam lagu Cowok turut meluahkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku kepada Baby Shima.

Malah, dia juga kurang senang dengan sikap usahawan tersebut membuatkan dia tidak datang ke majlis pelancaran itu. Jelasnya, dia berasa kecil hat@i berkaitan isu fizikalnya dihi1na, semata-mata mahu menaikkan lagu tersebut. Tidak dapat dipastikan sama ada perga@duhan itu hanya satu gimik atau tidak.

Namun, rata-rata warganet di ruangan komen telah memberi kata-kata semangat buat Baby Shima. Sebelum ini, Shima dan Aliff mula berbalah semenjak penyanyi itu menegur kebolehan suara Aliff. Isu tersebut berpanjangan sehingga masing-masing dikatakan mahu mengambil tindakan saman menyaman.

Sumber: Baby Shima & Upiak

Video Datin Shahida Marah Teruk Sampai Sanggup Denda Dato Alif Syukri Terjun Kolam Dan Dia Arahkan Untuk Minta Maaf Pada Baby Shima

Penyanyi berbakat, Baby Shima meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri yang mengkritiknya baru-baru ini .Pada mulanya, Shima memberi komen terhadap nyanyian Aliff dalam single terbarunya yang berjudul Cowok Baru.

Kemudian, usahawan itu tampil mengecam tindakan Baby Shima itu. Terbaru, Shima tampil dalam sebuah video yang mencabar Aliff jika mahu mengenakan tindakan saman terhadapnya. Video itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“Ada orang nak main saman, jumpa di pengadilan, dia yang start up video hina kita, kutuk kita, dia yang koyak?” tulis Shima sebagai kapsyen. Dalam video itu, Shima mengatakan dia tidak gentar jika Aliff mahu menyamannya kerana dia yakin tidak bersalah.

“Datuk nak saman? Silakan saman, saya tak takut sebab saya tak bersalah pun.

“Saya tak faham dengan Datuk, pada mulanya Datuk yang meminta pendapat orang terhadap nyanyian Datuk, saya pun beri pendapat saya, tiba-tiba Datuk marah pula,” katanya dalam video terbabit. Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet tinggalkan respon berbeza, ada yang menyokong Shima, ada juga yang menganggap perkara itu adalah strategi pemasaran lagu terbaru usahawan tersebut.

“Go Shima, I support you, tak semestinya kaya senang senang nak saman orang tanpa alasan yang kukuh. “Ini marketing, nak naikkan rating lagu, Baby Shima ni tak selancang yang disangka. “Cara macam ini saya sokong, perli-perli taknak, macam ni Shima cakap jelas dan tenang,” tulis warganet . Video Baby Shima Tentang Saman Aliff Syukri Kepada Dia

Datin Shahida Arah Aliff Syukri Mohon Maaf Pada Baby Shima Dan Lupakan Kolam Siapa Paling Besar

KENAPALAH NASIB ABANG DAPAT BINI MACAM NI?? GARANG SANGAT.. ABANG SEDIH.. ABANG KECEWA SANGAT-SANGAT APALAH NASIB ABANG @SHAHIDADHERBS DIA BULI ABANG.. ABANG NAK CARI MENTERI PEMBANGUNAN LELAKI UNTUK MEMBELA NASIB ABANG… ABANG HANYA NAK MEMBELA NASIB ABANG HANYA NAK MENEGAKKAN KEADILAN, KAIN PELAKAT ABG.

Teruk juga Dato Aliff Syukri kena marah dengan Datin Shahida. Hanya sebab Baby Shima komen suara Aliff Syukri tidak sedap dan pasal kolam siapa paling besar diantara Dato Seri Vida. Datin Shahida baru sahaja pulang dari menunaikan haji dan ketika itu beliau tidak bercakap apa apa tentang apa suami dia buat. Tapi kali ini Datin luahkan semua.

Datin Shahida suruh Aliff Syukri untuk memohon maaf kepada Baby Shima dan mengaku memang suara tak sedap. Isteri Aliff Syukri ini juga suruh suaminya lupakan pasal kolam kerana tiada faedah bergaduh pasal kolam siapa paling besar. Rezeki masing masing.

Sila lihat video di bawah dan tengok apa terjadi last sekali, memang kelakar. Terima kasih Datin Shahida kerana berjaya kejutkan Dato Aliff Syukri dari mimpi. Jangan lupa pasal wisuki dan lagu cowok dia datin .. haha! Dengan ini boleh la batalkan niat saman kepada Baby Shima tu ..

Sumber : Gempak  Olahan : AsiaKini

Baby Shima Dan Dato Aliff Syukri Meroyan Buat Warganet Terhibur.

Seakan tidak berkesudahan, DS Aliff Syukri dan Baby Shima dilihat masih bergaduh gara-gara isu pandangan mengenai single terbaru Aliff, Cowok Baru. Daripada isu penyanyi tersingkir, suara seperti Giant dan saman mahkamah, kini dikatakan Baby Shima melemparkan fitnah kepadanya.

Aliff dilihat berkongsi paparan skrin komen penyanyi yang muncul menerusi single Pura Pura Bujang itu dan mendakwa dia difitnah. “Apa? Baby BAB1? Dato ni perangai macam tenggiling. Kata tak nak melayan tapi masih meroyan. Lain kali tengok full video di youtube Shima dulu. Jangan dengar sebelah pihak sahaja.”

“Ya Allah kenapa cakap macam tu?? awak tahu tak fitn4h itu d0sanya lebih besar? abang tak pernah cakap macam tu apa kecewa kenapa Syima fitnah abang??

Penyanyi wanita itu yang kini berada di Indonesia turut berkongsi rakaman video menunjukkan jutawan itu menyebut namanya beberapa kali.Siapa yang tak maarah kalau dah jadi camtu. Agaknya apa pula episod pergaduhan seterusnya memandangkan Aliff baru sahaja memuat naik 1G TV terbaru berkaitan hal sama

Foto : Instagram DS Aliff Syukri dan Baby Shima.Kredit MH

Siapa sangka teguran jujur dan ikhlas penyanyi Baby Shima terhadap vokal Datuk Seri Aliff Syukri dalam single terbarunya berjudul Cowok Baru akan menimbulkan kontroversi. Bermulalah pergaduhan antara mereka di media sosial apabila Aliff tidak dapat menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka.

Namun ada warganet yang merasakan mungkin ia hanya sekadar gimik untuk melariskan lagi lagu terbaru Aliff. Bagaimanapun, kata Aliff dia tidak perlukan kontroversi untuk trending dan enggan mengulas lanjut mengenai isunya bersama Baby Shima kerana tidak mahu memberikan publisiti percuma kepada penyanyi itu.

“Saya tak perlukan Baby Shima untuk trendingkan lagu saya. Tanpa kontroversi dengan dia pun, lagu saya dah memang trending. Lagu saya dah dimainkan di lebih 10 buah radio popular di Indonesia. Jadi, anda tidak perlu lagi bertanyakan saya mengenai Baby Shima, nanti seakan saya memberikan publisiti percuma kepada dia.”

Terdahulu, Baby Shima menyatakan pendapat bahawa muzik dan melodi lagu Cowok Baru sudah cukup bagus, cuma sayangnya vokal Aliff agak tidak sesuai dengan lagu bergenre dangdut. Aliff kemudiannya melenting dan turut meny1ndir Baby Shima menerusi beberapa posting di Instagram.Sumber beautifulnara

Be the first to comment on "Video Dato Aliff Syukri saje nak malukan Baby Shima, diundang tapi tak bagi masuk, Upiak tampil untuk bela Baby Shima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*