[VIDEO] Salah Seorang Peserta ‘I Can See Your Voice’ Pembe3la Kebenaran Dijempuut Ila4hi

Peminat rancangan realiti popular I Can See Your Voice musim kedua pasti masih ingat dengan peserta dengan nama samaran ‘Pembela Kebenaran’.

Pembela Kebenaran atau nama sebenarnya Ermizi Muhamad muncul pada minggu 11 di mana artis jemputan adalah penyanyi Ajai.

Ramai peminat yang terkilan kerana beliau disingkirkan walaupun memiliki suara yang merdu.

Namun, berita sedih baru saja diterima di mana Ermizi telah meninggal dunia pada 11 September yang lalu.

Berita tersebut dimaklumkan oleh Ajai menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bahawa arwah yang bekerja sebagai wartawan telah pun meninggal dunia pada 11 September 2019.

“Salam Takziah Saya ucapkan buat keluarga salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia episod 11 iaitu @ermizimuhamad “Pembela Kebenaran” (semasa Episod bersama saya) yang telah kembali ke rahmatullah semalam (11 September 2019). Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-fatihah” 

View this post on Instagram

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Salam Takziah Saya ucapkan buat keluarga salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia episod 11 iaitu @ermizimuhamad “Pembela Kebenaran” (semasa Episod bersama saya) yang telah kembali ke rahmatullah semalam (11 September 2019). Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-fatihah .. #alfatihah #icsyvmy #icsyvmy2 #pembelakebenaran #tv3malaysia #byajai

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS🇲🇾 (@byajai) on

Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan dengan jelas apa yang terjadi kepada Allahyarham, namun rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah kepada arwah dan keluarganya.

 

Semoga Allahyrham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram byajai via sinarkini

Be the first to comment on "[VIDEO] Salah Seorang Peserta ‘I Can See Your Voice’ Pembe3la Kebenaran Dijempuut Ila4hi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*