Cakap awal awal kalau tak nak teruskan pertunangan. Lelaki ini mengaku tunang Heliza Helmi dan siap ngaku ada anak bersama.

Penyanyi Nur Heliza binti Helmi (lahir 3 Februari 1986) merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia.

Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Kini beliau lebih aktif dengan bantuan kemanusiaan menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia. Terbaru, Heliza Helmi telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG).

Menerusi sebuah entri yang mempamirkan foto menunjukkan Heliza sedang menziarahi seorang ustaz, Rusydi Al-Jauhari di h0spital di samping memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesembuhannya. Rata-rata pengikut mendoakan semoga ustaz tersebut cepat kembali sembuh. Namun bila menjengah di ruangan komen, terdapat seorang warganet mengluarkan statement atau luahan yang boleh dikatakan sangat melampau kerana bercakap mengenai sesuatu diluar jangkaan. Ia terjadi bila kelihatan seorang warganet memperkenalkan dirinya sebagai tunang kepada Heliza.

Individu yang dikenali dengan nama Muhd Safizal itu mendkwa anak perempuannya, Puteri berada di bawah jagaan Heliza. Heliza tidak berdiam diri malah terus membalas komen tersebut dengan mengatakan akan membuat laporan polis kerana ia sudah keterlaluan.

Rata-rata pengikut Heliza turut tidak berpuas hati dengan individu tersebut malah membuat laporan kepada pihak IG. Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu di sana menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia. Mungkin pemilik IG tu sengaja menggangu orang lebih-lebih lagi artis tanah air. Tidak hairan lah kalau orang mahu report IG tersebut kerana dia hanyalah menggunakan akaun palsu. Namun tidak seharusnya mengeluarkan statement seolah-olah mahu mengaibkan seseorang itu.

Sumber : Gempak

Saling usik-mengusik di IG, warganet doa agar Heliza Helmi dan PU Rahmat berjodohan

Sejak akhir-akhir ini masih hangat diperkatakan mengenai perkahwinan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa. Ramai yang turut gembira, kerana apa yang mereka harapkan agar kedua-duanya berjodohan telah pun jadi satu kenyataan.

Sementara itu, ada selebriti lain pula yang cuba dijodohkan oleh warganet, mereka adalah penyanyi Heliza Helmi dan juga pendakwah selebriti, PU Rahmat. Semuanya bermula apabila PU Rahmat bertindak memuat naik video memaparkan gelagat Heliza di dalam Instagram miliknya.

Maka, para warganet pun mula berasa bahawa mereka berdua nampak begitu secocok. Nampaknya, sejak dua selebriti ini mula aktif dalam misi kemanusiaan yang mereka sertai bersama, kedua-duanya dilihat semakin rapat, malah siap usik dan sakat-menyakat di

laman Instagaram masing-masing. Justeru, ruangan komen sudah mula penuh dengan doa-doa warganet yang mengharapkan dua selebriti tersebut bertemu jodoh, memandangkan kedua-duanya masih belum berpunya. Sumber: Info Sebenar

Heliza Helmi, suami Yatt Hamzah ditahan

KUALA LUMPUR 18 Julai – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memaklumkan dia bersama rombongan delegasi Malaysia untuk misi #wakeupforg4za ditahan tentera Mesir. Menurut Heliza, 33, mereka terkandas berjam-jam semalam di Rafah sebelum diarahkan berpatah balik semula ke G4za.

Rombongan tersebut bermalam di G4za sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini. Menceritakan pengalaman berada di Rafah, Heliza berkata, mereka berdepan dengan cabaran yang begitu perit. Suasana di bumi arab itu sangat panas hingga mencecah 50 darjah Celcius.

Dalam keadaan darurat itu, dia bersama delegasi lain terpaksa tidur beramai-ramai di Rafah dalam keadaan sesak dan tiada bekalan makanan serta minuman. Selain diberi layanan yang kasar oleh pihak berkuasa di sana, selama berjam-jam itu mereka juga terputus hubungan dengan keluarga di tanah air kerana tiada jalinan internet.

“Kami tak tahu bila kami akan pulang, kepada semua saya mohon maaf salah silap saya kepada semua”, tulisnya dalam Instagram pada pagi ini. Heliza bersama delegasi lain menuju ke G4za pada 10 Julai lalu. Sementara itu, pelakon Yatt Hamzah juga menerusi akaun Instagram memaklumkan

dia bersyukur kerana mendapat tahu suaminya Zulfadhli Khiruddin yang turut bersama rombongan tersebut ada menghubungi kira-kira jam 2 pagi tadi. Dia juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan keselamatan suaminya, Heliza Helmi serta ahli deligasi lain agar proses

untuk mereka keluar dari G4za melepasi pintu sempadan Rafah lancar dan terus pulang ke pangkuan keluarga di sini. “Mereka terpaksa bermalam satu hari lagi di Gaza sebelum berangkat balik ke Malaysia. Teruskan doa,” tulisnya dalam Instagram, pada pagi ini. -UTUSAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Cakap awal awal kalau tak nak teruskan pertunangan. Lelaki ini mengaku tunang Heliza Helmi dan siap ngaku ada anak bersama."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*