(Video) Ya Allah, patut la call tak angkat, cctv jadi bukti, ini sebab suami Yana Samsudin tak jawab panggilan telefon

Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin terkejut melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dalam rumahnya apabila anaknya, Aisy Mateen ‘mengusik’ Fadzil Zahari yang sedang menunaikan solat. Kongsi pelakon filem Strawberi Cinta ini, tenyata perkara itu menyebabkan

Fadzil tidak menjawab panggilannya. “Ya Allah!!! patut la call tak angkat… tengok cctv diorang tengah solat,” tulis Yana sambil berkongsi rakaman menerusi IGTV.  Lantas, perkongsian itu telah mendapat ribuan komen dan telah ditonton lebih 300,000 kali setakat ini.

Untuk rekod, Yana dan Fadzil berkahwin pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisy Maten, 3 tahun. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Video : Instagram Yana Samsudin

Sumber : Media Hiburan

“Ini dugaan saya dalam menyebarkan dakwah” – Yana Samsudin dan suami dihina gara-gara drama

Yana jawab beberapa tuduhan berbentuk fitnah terhadap telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi. PELAKON Yana Samsudin menjawab beberapa dakwaan berbentuk fitnah kononnya telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi mempromosikan aktiviti songsang di pusat tahfiz.

Yana yang juga Penerbit Eksekutif Prokuya Studios, 34, berkata, mereka tidak sepatutnya mempercayai sumber tidak sahih dan lebih baik sekiranya merujuk pihaknya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu andaian. “Pelbagai komen positif dan negatif, kejian serta bantahan, saya percaya yang mengeji ini ambil dari ulasan sumber tak sahih tanpa tahu sinopsis sebenar.

“Sebagai manusia tak salah buat andaian tapi kalau nak buat jangan jatuh hukum, tak salah rujuk atau tanya dulu. “Mempromosikan kegiatan macam tu di pusat tahfiz itu satu dakwaan tak berasas, hanya andaian orang yang tak pernah tengok (telefilem ini) sebab kita tak pernah tayang lagi,” katanya.

Yana menegaskan telefilem ini tidak memaparkan elemen di pusat tahfiz. Isteri kepada penerbit Fadzil Zahari ini menjelaskan mengenai perkara itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Youtube miliknya Yana Samsudin.

Sementara itu, Yana memberitahu bukan mudah untuk sesuatu drama menembusi siaran di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik penuh kerajaan itu. Ini berikutan dia perlu melalui pelbagai peringkat penilaian sehinggalah mendapat kelulusan stesen untuk siaran umum.

“Dalam telemovie ni tak ada satu pun babak menjurus ke arah itu sebabkan satu gambar jadi macam-macam andaian, jadi fitnah. Yana dan suami Fadzil Zahari. “Tahu tak RTM ada panel penilaian sangat ketat, semua dititikberatkan sebelum dilepaskan untuk tayangan. Sebenarnya korang tahu tapi saja je kan! Tapi tak apa, jangan pertikaikan kredibiliti panel RTM,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yana berharap masyarakat menonton terlebih dahulu telefilem tersebut yang akan bersiaran tidak lama lagi. Dia turut mengharapkan maklum balas daripada penonton supaya dapat memperbaiki lagi kualiti drama terbitan syarikatnya, Prokuya Studios.

“Insya-Allah apabila cerita ini dah tayang kami harap menerima maklum balas anda untuk jadi manusia lebih sempurna, Prokuya bukan buat promosi murahan sebegini dan ia bukan datang dari kami. Telefilem ini mengandungi banyak mesej tersirat.

“Apa pun baik atau buruk tetap promosi, mungkin ini dugaan kepada saya dalam menyebarkan dakwah, saya terima. “Yang dekat luar berjemaah maki hina kami, saya, suami dan kru Demi Tuhan Aku Bersaksi kata kami kafir dan confirm masuk neraka, saya doakan kalian masuk syurga,” katanya.

Telefilem berjudul Demi Tuhan Aku Bersaksi mengisahkan tentang seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama. Watak maknyah yang dipegang oleh Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun ketika di pusat tahfiz, dia telah dihina dan dikeji sebagai pengikut kaum Luth.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu gambar dan sinopsis Demi Tuhan Aku Bersaksi ini tersebar di laman sosial sehingga ia menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak sensitif gara-gara memilih elemen budaya hidup songsang di dalam sebuah pusat keagamaan.

SUmber mstar

Air mata bukan untuk raih simpati – Yana Samsudin

KUALA LUMPUR: Penerbit Eksekutif Demi Tuhan Aku Bersaksi, Yana Samsudin, mengakui masih terkesan dengan cemuhan yang berterusan dilemparkan warganet sejak kontroversi drama itu tercetus. Justeru, kata Yana, tangisannya ketika bertemu agamawan pada tayangan tertutup drama itu, Jumaat lalu bukan kerana mahu menagih simpati, sebaliknya ia lebih kepada cetusan emosi yang bercampur-baur.

“Perasaan sebak, hiba dan syukur bersilih ganti dirasai sepanjang tayangan tertutup di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Sejak naskhah drama itu dijadikan polemik, pelbagai kecaman dilemparkan kepada seluruh produksi, terutama suami, Fadzil Zahari selaku penerbit.

“Ada yang masih tidak berhenti mencemuh, malah menuduh kononnya kami tidak berbuat apa-apa, sedangkan pelbagai usaha kami lakukan untuk mencari jalan penyelesaian. “Saya difahamkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah berulang kali mengadakan tayangan untuk panel dalaman dan pengkritik menilai setiap sudut penerbitan drama itu.

“Apabila berpeluang bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan wakil agensi lain, hati saya terusik mengenangkan keikhlasan mereka membantu kami,” katanya. Yana berkata, dia paling terkesan apabila dilabel sebagai ahli neraka,

selain dikatakan mempermainkan agama dan mencemarkan Islam gara-gara menghasilkan drama itu. “Selepas kami menegaskan, tiada babak songsang atau wujud watak mak nyah dalam pusat tahfiz seperti disebarkan pihak tidak bertanggungjawab, tuduhan dilencongkan pula kepada dakwaan menghina agama,” katanya.

Sejak minggu lalu, drama arahan Eyra Rahman itu mencetus kontroversi apabila didakwa sesetengah pihak mempromosikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGTB) di pusat tahfiz, susulan tersebarnya sekeping gambar dan sinopsis yang meragukan.

Telefilem yang sepatutnya disiarkan TV1 pada awal September ini membariskan Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaakob, Taiyuddin Bakar, Sheila Mambo, Aman Graseka dan Melanie Tan. Ia berkisar keinsafan seorang individu yang berusaha meninggalkan dunia lama yang disifatkan ‘hanyir’ dengan memasuki pusat tahfiz untuk mempelajari agama.

Namun, penerimaan segelintir penuntut sangat menyakitkan sehingga dia berdepan cacian dan penghinaan, selain nyaris dihalau kerana sifat skeptikal mereka. Gara-gara penyebaran maklumat palsu, isu itu semakin serius apabila muncul pula petisyen di Facebook yang meminta telefilem itu tidak disiarkan.

Sementara itu, berhubung keputusan sama ada Demi Tuhan Aku Bersaksi diluluskan untuk tayangan atau sebaliknya, Yana hanya berserah kepada Allah kerana yakin kebenaran akan terbukti. “Pada peringkat ini, kami sudah reda. Kami sudah berusaha dan berikhtiar supaya ia dapat disiarkan, sekali gus memadam pandangan skeptikal segelintir pihak.

“Keseluruhan pasukan, termasuk barisan pelakon memberikan komitmen cemerlang dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. “Saya tidak menyangka tema telefilem ini dimanipulasi sesetengah individu sampai begini, tetapi saya dengan rendah diri tetap ingin memohon maaf.

“Disebabkan kekhilafan kami, ada individu sempat membuat andaian hingga membuatkan orang ramai salah faham. Kita tunggu sahaja keputusan bertulis daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang turut mengambil kira pandangan agamawan lain,” katanya.

Sumber BH

Be the first to comment on "(Video) Ya Allah, patut la call tak angkat, cctv jadi bukti, ini sebab suami Yana Samsudin tak jawab panggilan telefon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*