Lahirkan Anak Pertama Pada Usia 72 Tahun, Wanita Ini Merupakan Ibu Tertua Di Dunia

Tubuh badan manusia ni betul-betul menakjubkan! Dengan bantuan sains moden, impian pasangan suami isteri ini untuk menjadi ibu bapa akhirnya tercapai.

Ibu buat kali pertama yang lebih tua dari purata umur wanita India melahirkan anak buat kali pertama iaitu 20 tahun.

Wanita berusia 72 tahun ini melahirkan seorang bayi lelaki. Kelahiran yang mencatat sejarah ini bantu keluarganya mencapai kebahagiaan.

Ibu baru tertua di dunia

Melahirkan anak buat kali pertama pada usia 72 tahun menjadikan Daljinder Kaur sebagai salah seorang ibu kali pertama yang tertua di dunia.

Sudah lebih 50 tahun Daljinder dan suaminya Mohinder Singh Kaur, 80 cuba untuk dapatkan anak tapi gagal.

Walaupun mereka mengatakan yang kehidupan mereka bahagia, mereka sentiasa menginginkan anak sendiri. Selepas mencuba selama beberapa tahun, akhirnya mereka memutuskan untuk meminta bantuan. Pelbagai pengalaman dan perjalanan yang mereka hadapi termasuklah pemeriksaan, ujian, lawatan dari ramai doktor dan tiga kali rawatan IVF.

Bekerjasama dengan Doktor-doktor

Ramai wanita yang muda juga memerlukan tiga kalo rawatan IVF dan ini dikatakan sebagai purata jumlah rawatan apabila cuba untuk hamil. Walaupun selepas menopause, agak tidak mustahil untuk hamil lagi dengan bantuan perubatan.

Kehamilan ini dijaga dengan teliti untuk kesihatan ibu serta anak yang dikandungkan itu. Pasangan ini menerima rawatan kesuburan dari National Fertility and Test Tube Baby Centre di bandar Hisar. Pada mulanya mereka menolak namun berjaya.

Orang di sekeliling menggesa mereka untuk mengambil anak angkat namun Daljinder memutuskan untuk teruskan dan capai matlamatnya untuk melahirkan dan mendidik anak. Daljinder yang berasal dari Punjab di utara India ini melahirkan bayi lelaki yang dinamakan Armaan pada 19 April tahun 2016.

Armaan dilahirkan dengan seberat 1.99 kg dan merupakan bayi yang sangat sihat. Daljinder juga mampu menyusukan bayi lelaki tersebut untuk tiga bulan. Daljinder berkata yang dia rasakan kehidupannya kini lengkap dan dia bertenaga untuk menjaga anak tersebut.

Penuh kejutan

Daljinder mengakui yang menjadi ibu ini lebih sukar dari apa yang dia bayangkan. Selepas melahirkan anak, dia dalam rawatan untuk tekanan darah tinggi dan sukar untuk mengejar bayi yang merangkak. Walaubagaimana pun, kepercayaannya kepada tuhannya dan pasangan yang sentiasa menyokongnya itu membuatkan perjalanan menjadi ibu lebih mudah.

Daljinder berkata:

“Saya lakukan semua perkara namun ayahnya juga membantu dengan sedaya upayanya. Jadi keseluruhannya kami berdua bertanggungjawab membesarkan anak kami dengan apa jua cara yang kami mampu.”

Pasangan tersebut memutuskan untuk tidak mendapatkan bantuan pengasuh dan menjaga anak mereka sendiri.

Be the first to comment on "Lahirkan Anak Pertama Pada Usia 72 Tahun, Wanita Ini Merupakan Ibu Tertua Di Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*