Minggu lalu dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan berita kakak pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, Noor NabiIa Mohd Noor, 35 yang mengesahkan sudah memfailkan percraian terhadap suami, Sharnaaz Ahmad.
Meskipun desas desus rumahtangga mereka bergolak sebelum itu, namun ramai tidak mengjangka akan sampai tahap mahu bercrai apatah lagi semua peminat mendoakan mahu mereka kembali berbaik.
“ Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan percraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad”, demikian kata-kata Noor NabiIa sendiri yang mengesahkan berita tersebut.
Kemudian Sharnaaz pula memberitahu pihak media di mana beliau sedia menerima apa jua keputusan dan redha dengan kehendak Noor NabiIa yang mahu bercrai.
Terbaru, Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor NabiIa Mohd Noor diperintahkan oleh Mhkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes percraian mereka.
Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, dan Noor NabiIa, 34, berbuat demikian selepas bintang filem Juvana itu tidak bersetuju dengan tuntutan crai kakak pengacara dan pelakon Neelofa itu.
Noor NabiIa selaku plaintif memfailkan permohonan crai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Sksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Dalam proses percraian, JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor NabiIa pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan crai berkenaan.
Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor NabiIa dalam tuntutan percraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.
Noor NabiIa dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.
Selain itu, terdapat perbincangan melalui keluarga namun tidak berjaya.
Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor NabiIa kemudian memohon supaya Sharnaaz selaku defendan mengemukakan alasan (tidak bersetuju) kerana mendakwa di dalam media sosialnya defendan menyatakan sebaliknya.
Bagaimanapun Ahmad Muttaqi berkata defendan tidak perlu berbuat demikian (beri alasan) kerana mhkamah sudah bertanyakan hal itu kepada Sharnaaz pada prosiding itu.
Mhkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.
Sharnaaz hadir ke mhkamah dengan memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok manakala Noor NabiIa mengenakan jubah hitam dan berselendang hitam.
Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor NabiIa memfailkan percraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mhkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.
Noor NabiIa juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.
Sharnaaz dan Noor NabiIa mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Citer Santai
Sumber : hmetro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:
Be the first to comment on "Sharnaaz Tak Mahu Crai. NabiIa Pula Dedah Punca Dia Minta Crai Dan Ada Kaitan Nafkah Zahir Tak Cukup"