” Thats what u call ‘makan suap’,”
Begitu tweet Tunku Azizah di Twitter sambil berkongsi gambar baginda menyuap Al-Sultan Abdullah ketika Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tahun 2019 di Dataran Istana Negara semalam.
Tweet tersebut lantas mendapat perhatian warganet yang memuji baginda dan Tuanku Al-Sultan Abdullah yang menyifatkan momen tersebut sangat manis dan mengusik baginda seperti pengantin baru.
” SubhanAllah paduka dan bonda kedua seperti pengantin baru, always comey. Daulat paduka dan bonda” komen Noraini
Turut mencuri tumpuan apabila kelihatan Perdana Menteri, Tun Mahathir tersenyum lebar melihat gelagat bersahaja Al-Sultan Abdullah yang ketika itu sedang menyuap kek kepada Tunku Azizah pula.
Apa sahaja yang dikongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman sosial, ia pastinya akan menjadi perhatian ramai. Selain rajin berkongsi kehidupan sehariannya, Tunku Azizah yang disifatkan ramai sebagai kerabat diraja yang dekat di hati rakyat juga rajin membalas komen dan pertanyaan pelayar media sosial dari masa ke semasa.
Tunku Azizah tweet selendang tersangkut pada baju Agong juga cuit hati ramai
Terdahulu, perkongsian baginda mengenai selendangnya yang tersangkut pada baju yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencuri perhatian netizen.
” Selendang saya tersangkut dengan baju tuanku. Tak perlu pegang tangan, selendang pula swinging,” tulis baginda menerusi Twitter.
Foto itu dirakam sewaktu Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin. Posting yang dimuat naik pada hari sama itu sehingga kini menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet).
Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani ratusan komen daripada netizen. Malah, rata-rata mereka menyifatkan ia sebagai satu momen romantis antara pasangan diraja berkenaan.
Paparan skrin posting di laman Twitter Tunku Azizah.
” Kira pimpin tangan wireless la ye Tuanku,” seloroh seorang pengguna Twitter.
” Tuanku. Tuanku berdua telah memberi kami rakyat Malaysia satu contoh dan teladan yg baik . Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan kami pemimpin yg soleh n solehah. Semoga tuanku terus bahagia dunia dan akhirat hendaknya.
” Itu tandanya tarikan magnet Tuanku dengan YDPA sangat kuat.. Bak kata omputeh, ada chemistry gituuu.
” What a sweet couple. Moga Allah rahmati keluarga Tuanku. Amin.
” Ampun Tuanku. Semoga Tuanku Baginda Agong dan Tuanku kekal hingga ke Jannah,” tulis beberapa pelayar Twitter.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Citer Santai
Sumber : mstar dan Twitter Azizah Iskandar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment on "Tunku Azizah Kongsi Gmbar Agong Suap Makan Kek, Semua Puji Dah Macam Pengantin Baru Pula"