Geram Shuib Bila Dapat Tahu Punca Kenapa Motor Ysuku Jadi Panas Dengan Pihak Polis

Pengguna tegar Yamaha Y15zr atau lebih dikenali dengan Ysuku digegarkan dengan kenyataan dari pihak polis PDRM.

Video Shuib Di Bawah Artikel

Menurut laporan daripada media Berita Harian, motorsikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ berada dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend golongan belia kini yang gemar mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal terbabit jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Sebagai contoh, jika ‘Ysuku’ itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110 kilometer sejam (km/j), jangan ubah enjin untuk menunggangnya sehingga kelajuan lebih 140 km/j, ia melanggar undang-undang jalan raya.

“Polis juga bimbang motosikal itu tidak dapat menampung kelajuan baharu itu sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut.

“Dalam hal ini, penunggang bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna kenderaan lain.

“Kita akan pantau kes pengubahsuaian ini, polis dan JPJ akan mengadakan operasi sekatan jalan dari semasa ke semasa untuk mengesan kesalahan pengguna motosikal terbabit,” katanya pada sidang media Op Khas Kenderaan Perdagangan, di Plaza Tol Duta, di sini, malam tadi.

Mengulas operasi khas itu, Mohd Nadzri berkata sebanyak 1,384 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi selama enam hari berakhir malam tadi.

“Dalam tempoh sama, seramai 18 pemandu kenderaan perdagangan (bas dan lori) berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan kerana positif dadah.

“Polis tidak akan bertolak ansur terhadap isu berkenaan, kita akan ambil tindakan tegas supaya kes itu tidak berulang,” katanya.

Sumber : BHARIAN

SELEBRITI RAMAI MENGGUNAKAN YSUKU

Image result for aliff syukri ysuku

Kalau disebut Ysuku ini sudah pasti ramai akan teringatkan nama Shuib Sepahtu, Zizan Razak dan Dato Aliff Syukri. Mereka antara nama nama yang selalu muncul di media sosial dengan jentera Y15zr yang telah dimodifikasi.

Modifikasi yang mereka lakukan bukannya murah, Aliff Syukri pernah membuat pengakuan bahawa motorsikal Ysuku beliau bernilai hampir RM100 ribu ringgit.

KERANA NILA SETITIK HABIS ROSAK, SHUIB SEPAHTU BENGANG

Shuib sepahtu telah muat naik klip video tentang isu Yamaha Y15zr diberi amaran oleh pihak berkuasa. Dengan arahan polis sudah pasti ramai selebriti tidak senang duduk kerana mereka antara yang paling mudah ditemui.

Shuib menyatakan tidak puas hati kerana sebab utama perkara ini terjadi adalah segelintir pengguna ysuku menggunakan motor untuk berlumba haram dengan meletakkan wang pertaruhan yang tinggi.

Lumba haram memang salah tidak kira motorsikal apa yang anda guna. Shuib kecewa kerana motorsikal beliau walaupun diubahsuai tetapi beliau tidak gunakan untuk lumba haram. Mari dengar sedutan dari shuib tentang isu ini.

Jangan lumba haram dan berhati hati lah pengguna yamaha ysuku kerana motor anda sedang diperhatikan.

Olahan Penuh : ASIA KINI

Be the first to comment on "Geram Shuib Bila Dapat Tahu Punca Kenapa Motor Ysuku Jadi Panas Dengan Pihak Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*