Buat Pertama Kalinya Artis Serta Gadis Litar Tampak Manis Menutup Aurat

Selepas menarik lebih 80,000 pengunjung pada musim kedua Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival lalu, kini UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan penganjuran musim ketiga acara berkenaan yang sedang berlangsung.

Beberapa hari lalu, media melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu sedang mengambil kira dan merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah terutama bagi atlet dalam bidang kesukanan.

Terbaru, negeri Darul Iman itu telah melaksanakan etika pemakaian ketika perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak pada hujung minggu lalu.

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Amiruddin Mohd Rosdi yang mengucapkan tahniah kepada pihak yang berusaha untuk memartabatkan syariat Islam di negeri tersebut.

“Kebiasaannya menampilkan artis dan gadis litar yang tidak menutup aurat, tapi kini mereka mengikuti apa yang ditetapkan oleh kerajaan negeri,” tulisnya.

Ini secara tidak langsung membuatkan selebriti wanita yang terlibat seperti Janna Nick, Diana Danielle dan Ain Edruce tampil memakai tudung ketika perlumbaan.

Dari zaman dulu lagi gadis litar dijadikan simbolik dan sampai bila negara kita nak berubah jadi yang pertama menjadikan mereka menutup aurat? Semoga ianya menjadi contoh buat yang lain.

Ramai memuji cara sebegini kerana kita dizaman maju tidak memerlukan wanita berpakaian sekksi sebagai alasan untuk memeriahkan majlis. Apakah pemakaian sekksi wanita menjadi penanda aras perlumbaan bidang permotoran?

Perlumbaan musim ketiga ini mempunyai empat pusingan dengan lapan perlumbaan keseluruhannya yang membabitkan tiga litar jalanan yang direka khusus, termasuk satu lokasi di Litar Antarabangsa Sepang.

Lebih 40 pelumba yang akan bertanding dalam tiga kelas perlumbaan membabitkan Promotional untuk barisan selebriti, diikuti oleh kelas Sporting dan Super Sporting, masing-masing bagi pelumba-pelumba amatur serta profesional.

“Bagi Toyota, adalah penting untuk kenderaan yang dihasilkan menepati semua itu, serta turut teruji ketahanannya dalam keadaan yang mencabar, memberikan pemanduan yang memuaskan serta pengalaman pemilikan yang menyeronokkan,” katanya.

Sumber : Amiruddin Mohd Rosdi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Buat Pertama Kalinya Artis Serta Gadis Litar Tampak Manis Menutup Aurat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*