Geng Basikal Lajak “Buat Hal” Di Lebuh Raya Dengan Aksi Superman

SEKURANG-kurangnya 10 kanak-kanak dan remaja dirakam melakukan aksi berb4haya menggunakan basikal lajak di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), semalam. Video berdurasi 50 saat itu dirakam seorang wanita yang menggunakan lebuh raya berkenaan sebelum susur masuk ke Seremban dan Ampangan menyaksikan kanak-kanak berkenaan melakukan aksi Superman.

Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan dilihat terpaksa memperIahankan kenderaannya kerana khuatir dengan keselamatan kumpulan itu malah dia beberapa kali beristighfar ketika melintasi beberapa kanak-kanak dan remaja berkenaan. Rakaman itu dimuat naik di Facebook (FB) dan menerima pelbagai komen yang rata-ratanya mempersoalkan peranan ibu bapa kanak-kanak terbabit seolah tidak mengambil berrat keselamatan dan nyawwa anak masing-masing.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuwasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu. “JSPT difahamkan kejadian berkenaan berlaku semalam dan pegawai kami sudah ke lokasi untuk mendapatkan maklumat berhubung kejadian. Bagaimanapun kumpulan ini sudah tiada di lokasi. “Polis kini sedang mengesan geng basikal lajak di sekitar Seremban namun mereka bergerak pada waktu dan lokasi berbeza, jadi ia sedikit sukar.

Bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pihak kami untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata, kumpulan berkenaan boleh diambil tindakan termasuk meramppas basikal mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala penunggang basikal pula boleh disamman mengikut Peraturan 42(1)(a) LN166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

“Saya menasihatkan remaja dan kanak-kanak supaya tidak menggaddaikan nyawwa sendiri demi keseronokan sementara. Ibu bapa juga perlu pantau kegiatan anak-anak kerana jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kelak, pasti akan menyesal,” katanya.

Anak sape ni,.naik basikal lajak, Berani btul.. 🙄 highway tu.. 😬

Posted by Aine Ahmad on Monday, 9 September 2019

Sumber : HarianMetro

Be the first to comment on "Geng Basikal Lajak “Buat Hal” Di Lebuh Raya Dengan Aksi Superman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*